Monday, January 13, 2014

Sudah Sampai Sini - 4H3M Langkawi



Percutian sempena cuti sekolah bulan dec yang lepas....Cadangnya hanya bercuti 3 hari 2 malam tetapi akhirnya terlajak menjadi 4 hari 3 malam....

Anak-anak la yang paling gembira la kan...
Ini adalah kali ke 4 aku kesini. Kali terakhir adalah berbelas tahun yang lalu...tak ingat dah...tapi kalau tak silap ketika anak sulong aku berusia setahun....ini dia pun dah besar panjang dah...


Banyak betul perbezaannya...Paling ketara kawasan Pantai Cenang. Dulu area situ hutan lagi kawasannya. Lengang ajer. Underwater World tu satu jer bangunan yang ada. Sekarang aku nak cari kat mana chalet yang duduk dulu pun dah tak jumpa dah. Sesak dengan manusia. Kiri kanan jalan dah penuh bangunan kedai,hotel dan macam-macam lagi sampai pantainya pun dah tak boleh nampak dari jalanraya. Cepat betul berubahnya.


Kali ni memang tak nak mandi laut..so tak ambil chalet. Ambil homestay. Kat sini melambak homestay yang murah dengan servis yang bagus. Siap ada astro dan wi-fi. Tambah pulak homestay ni lebih selesa dan jimat kalau kita dalam jumlah yang ramai.


Ada beberapa tempat yang aku malas nak pergi pasal dulunya dah pergi tapi disebabkan anak-anak belum pernah pergi terpaksalah layan pergi....dan ternyata tempat-tempat tu memang jauh dah berbeza antaranya Makam Mahsuri dan kawasan beras terbakar tu...nanti lah time rajin aku buat entri khas tiap-tiap satu...


Sambil aku bebel ni...layan jer la gambar-gambar macam yang kat atas ni la yer...hihi...


Ada 3 perkara yang aku teringin nak buat bila pergi Langkawi kali ni yang aku belum pernah buat dulu...tetapi cuma berjaya buat 2 daripadanya...


Naik cable car...(dulu masa aku pergi lum ujud lagi cable car ni)... dan menyusur sungai (mangrove tour) dengan bot....sayangnya yang ke 3...Island hopping tour tak sempat nak buat pasal tak cukup masa....pasal terpaksa melayan orang rumah shoping coklat dan pinggan mangkuk...memang murah la kan...tu pun dah tambah satu hari...pengsan kalau nak tambah lagi....


Aku tak beli apa-apa pun....cuma dapat bendalah ni wife yang belikan...thanks dear....walaupun menjadi penyokong team yang logonya kat atas ni pada waktu ini memang sangat memerlukan ketabahan...hahaha....


see yaa....nanti rajin aku buat entri pasal trip gi Langkawi ni lagi....



10 comments:

  1. pernah skali je pi langkawi ni, 2007 dulu... tu pun sbb kursus (tp lps tu dpt melancong free hehehe)

    ReplyDelete
  2. mangroves tour tu cerita ye kalau ada time, apa haiwan atau burung2 kau nampak? ramai orang tak? aku paling interested ni..

    ReplyDelete
  3. minta logo mu tu kasi jauh sikit dari logo jdt tu...ngeri.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Langkawi ngn the zone harga bebas cukai dia tak sama eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh beza beb....terutama coklat...ada yg dekat RM10 beza...tapi minyak wangi macam lebih kurang jer...

      Delete
  5. penerbangan udara atau perjalanan darat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari Kuala Perlis melalui jalan laut....tu sajer eksyen gambo kat Airport...hahaha...

      Delete
  6. " walaupun menjadi penyokong team yang logonya kat atas ni pada waktu ini memang sangat memerlukan ketabahan...hahaha...."

    Sabar tuan, keep on believing....musim ni memang tak berpihak pada MU...tapi harap Moyes cuba cari jalan penyelesaian utk tingkatkan prestasi...kita x nak jadi team yg byk kali tukar manager...sabar je la hehehe

    ReplyDelete
  7. kalau takde aral melintang, 30hb ni dapat la jejakkan kaki 1st time ke langkawi...

    ReplyDelete