Wednesday, January 29, 2014

Vs Lions XII

Liga Super 28hb Januari 2014

Johor Darul Takzim 2  Lions XII 2
(Luis Figueroa 27′, Pablo Aimar 41′)

Macam biasa...coretan ringkas..


1 - Hari bekerja...stadium takder lah sendat macam lawan Perak. Bahagian bawah area score board kat pagar tu ada yang kosong. Rasa selesa sikit. Tangga pun takdalah orang duduk. Senang la kalau nak turun naik pun. Kan best kalau setiap game selesa macam ni.

2 - Nampak ada banyak tong sampah disediakan. Baguslah...dulu jangan harap. Tapi kat kawasan tepi pagar. Susah juga kalau nak buang sampah kalau time stadium sendat. Sekurang-kurangnya pun kalau susah nak pergi tong sampah pun ikat la sampah korang dalam plastik. Senang sikit pekerja nak bersihkan nanti. Kalau bersih kita nak duduk pun selesa. Bagus juga dah takder budak-budak jual kuaci. Kulit kuaci memang bersepah.


3 - Disebabkan kerja dan kena ambil anak dulu, aku sampai dah dekat maghrib dah. Suasana tak jem sangat. Parking pun tak susah. Mungkin ramai orang pun macam aku datang lambat jugak. Tapi kalau hari sabtu jangan harap nak suasana aman damai macam ni. Sesak dari Terminal Bas Larkin pun dan sangkut.

4 - Disebabkan aku masuk lepas maghrib. Port yang cantik-cantik semua orang dah kebas. Tinggal belah bawah scoreboard. Nasib juga tak bawah sangat. Situ memang suwey. View terlindung pagar. Tapi tempat aku duduk pun kalau bola leret tak nampak. (rujuk gambar di atas) 1st gol JDT tu aku tak nampak pun bolanya. Orang jerit gol...aku pun ikut jer la...

Kawasan kosong tu kawasan season pass...dah pukul 8 pun kosong lagi...untunglah dorang bolah datang lambat ngam sebelum game. Seat bernombor takder siapa boleh ambik.

3 - Tentang game. Frust jugak la cuma seri. Main dah cantik. Midfield memang control abis. Tapi penyudah hampeh. Dah masuk kawasan penalti tarik belakang balik. Ntah bila nak try ntah. Aku makin rasa gaya dorang main dah macam arsenal dan team2 spain. Bosan beb. Aku nak tengok gol bukan takat main cantik ajer. Tu pasal aku lebih suka bolasepak inggeris. Main laju...tak ngantuk tengok...

4 - Lions XII ni boleh tahan bagus walaupun muda-muda. Aku ingat Baihakki dah takder senang la sikit, Rupa-rupanya yang ganti dia pun besar-besar dan tonjang-tonjang belaka. Apa orang Spore ni makan Deaf?...hehehe...Aku rasa kalau 1st half tu dorang lebih main bola daripada nak taji kaki orang mungkin dorang ada can lebih nak menang. Apa-apa pun tahniah la Fandi.

5 - Takper lah mungkin JDT takder nasib. Dorang belum panas dan serasi. Bagi masa sikit la. Tapi aku suka Fazly Mazlan bek kiri JDT tu. Dalam ramai-ramai dia yang bukan star. Tahun lepas cuma main untuk Piala Presiden. Cool jer mamat ni. Ada potensi besar. Ni  buktikan dalam JDT tak kira siapa star kalau main hampeh kau memang duduk bangku simpanan la...

6 - Sabtu ni ada Piala FA. Misi balah dendam dengan T Team. Tapi tak pasti aku dapat pergi tak. Akak Ipar aku ada buat kenduri. Tengok la camner nanti...

7 - Ok dah....oh ye...budak-budak sokong Man Utd dah boleh keluar dari gua dah...RVP dan Rooney dah main balik. Tambah pulak adanya Mata. Harap layak Champion League jadi la....Tapi aku tengok Arsenal pun dah goyang dah...gayat kot jarang-jarang duk atas...hahaha...


***Hari ni birthday orang rumah...Happy Birthday Dear...



8 comments:

  1. Chanting kejap..."Oooooo Robin Van Persie....Ooooo Robin Van Persi"
    Haha byk member aku yg fanboy Chelsea menyampah giler dgn Juan Mata skrg ni...pedulik la, pagi tadi lwn Cardiff pun dah syok tengok. At least tak la mengecewakan.
    Btw, Aimar memang bagus performance dia, byk control game cuma masih belum serasi dgn geng2 lain kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap lepas ni Utd ok la...penat dah duk dlm gua...heheh....

      Delete
  2. kALAU MACAMTU, MACAM ADA PELUANG PERGI STADIUMLA LEPASNIE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hari kerja memang ada peluang...pasal yg turun stadium cuma org jb jer...

      Delete
  3. Semalam tgk kat estrok kat kedai makan member..sekali boleh hilang siaran lak.padahal bukan hujan pun.terus balik umah

    ReplyDelete