Sempena demam World Cup yang sedang melanda...
Tak seperti masa budak-budak dulu...excited nak nengok world cup dah berkurangan...mungkin dah tua kot...heheh...4 tahun dulu pernah cerita pasal ni >
SINI<. cepat betul ek masa berlalu....
Tahun ni tak pasti nak sokong mana walaupun secara tradisinya aku cenderung pada Argentina. Tapi aku tak suka Messi. Mungkin sokong Belanda. Van Gaal dan Van Persie punya penangan. Mungkin nak tengok yang underdog menang...mana tau Belgium ker....harap Adnan Januzaj dapat main...
Tapi untuk kali ni aku cerita sikit pasukan-pasukan yang aku sokong dari mula aku hidup kat dunia...
1- Jerman Barat 1974
Aku budak lagi...tak tau apa.
2 - Argentina 1978
Aku darjah 1. Masih tak tau sangat. Zaman tu bukan macam zaman sekarang. Info bukannya senang nak dapat. Tiada internet tiada Astro. Tambah aku duduk kampung. Tapi yang aku ingat sangat adalah si rambut panjang
Mario Kempes dan team Argentina. Nama yang sering disebut-sebut pada masa tu. Pak cik jiran rumah kat kampung sebelah siap frame poster
Mario Kempes ni gantung kat hall rumah dia. Main bola petang-petang pun semua berangan nak jadi
Mario Kempes.
Benda ni memang aku tak boleh lupa bila sebut pasal World Cup 1978 walaupun aku tak pernah pun tengok macamana
Mario Kempes ni main. Tu jam rumah aku pun tv hitam putih lagi. Rumah pun takder elektrik. TV pun pakai bateri kereta. Lampu pun pakai lampu pam. (
generasi sekarang mesti tak terpikir macamana tv guna bateri kereta kan?..) Setau aku takder pun siarang langsung. Mungkin ada siaran tertunda kot. Ntah aku pun tak ingat sangat...
Yang pastinya bapak aku siap ada beli beg adidas yang ada logo Argentina' 78. Beg tu aku pakai buat pergi sekolah. Tak main ler beg gambar ultraman...heheh...
Mungkin ini permulaan mengapa aku ada soft spot pada team Argentina..
3- Sepanyol 1982
Bolehlah dikatakan secara rasminya ini adalah world cup pertama aku. World cup yang aku betul-betul follow. World cup yang aku betul-betul kemaruk dan excited nak nengok. Sanggup berjaga malam nak tengok. Maklumlah dah besar sikit. Dan seperti kebanyakan budak-budak di zaman tu aku menyokong Brazil.
Semuanya gara-gara
Zico. Tu jam memang minat giler kat dia. Time main bola semua berebut nak jadi Zico. Walaupun zaman tu aku minat juga dengan
Bryan Robson. Penyebab utama aku jadi penyokong
Manchester United sampai sekarang. Tapi
Zico ni lain. Dia kira macam
Lionel Messi ataupu
Cristiano Ranaldo bagi budak-budak sekarang. Tambah-tambah pula team Brazil zaman tu memang hebat. Ada
Sócrates,
Eder,
Falcão,
Júnior dan lain-lain. Ini kira all time favourite team piala dunia aku la...Sayangnya team ni kalah dengan Itali dan
Paolo Rossi. Frust giler. Pertama kali dalam hidup aku rasa macamana rasa kecewa bila team bola yang kita sokong kalah. Ingat lagi bila pergi sekolah semua muka sedih dan muram. Macamlah kita semua rakyat Brazil....(
sampai sekarang aku tak berapa suka Itali....ni semua salah Paolo Rossi...hahaha...)
Antara kenangan yang aku tak boleh lupa ini pertama kali RTM buat siaran langsung hasil dari derma orang ramai. Kira siaran langsung di taja sendiri oleh rakyat Malaysia. Ni la mulanya Dato' Rahim Razali jadi popular dengan trademark ulasannya tu. Aku dengan abang sanggup berjaga malam nak tengok walaupun kebanyakan malamnya aku tertidur di depan tv. Mak memang bising lah maklum tahun tu tahun aku nak ambik
UPSR penilaian darjah 5...iskh...terasa tua betul la....hahaha...
Siapa ingat buku sticker world cup Espana' 82 dari Ovaltine....aku baru jumpa balik buku ni kat kampung....nanti rajin aku tampal....
bersambung.............kalau rajin.