Sambung dari part 1...
4 - Mexico 1986
Ini world cup yang paling meriah buat aku...maklumlah dah besar...dah sekolah menengah. Ketika kawan-kawan sekelas/sekampung menyokong Brazil, aku satu-satunya penyokong Argentina. Ni semua gara-gara Maradona. Tak kisahlah walaupun aku penyokong Manchester United...tapi aku seronok giler bila Argentina kalahkan England dengan gol "Hand of God" Maradona tu.
Mungkin juga ini World Cup yang paling aku suka...pasal pasukan yang aku sokong jadi juara. Tak silap aku masa ni bulan puasa. Senang tak payah nak berjaga malam. Lepas sahur terus layan...pagi raya mak sibuk rebus ketupat, aku pulak sibuk layan bola...nasib tak miss sembahyang raya...heheh...
Antara yang menarik, penaja siaran langsung tv masa tu adalah rokok Benson & Hedges. Sampaikan Dato Rahim Razali pun pakai blazer kuning emas B&H. Dan inilah pertama kali aku dengar perkataan 'mexican waves'.
Satu lagi yang popular masa tu adalah buku sticker Figurine Panini. Boleh kata semua budak kat sekolah yang kaki bola ada buku ni. Ikat perut kumpul duit sekolah semata-mata nak kasi complete semua sticker negara-negara yang bertanding tu. Yang jahatnya siap curi sticker orang...heheh...
5 - Itali 1990
Zaman remaja...tengah belajar kat ITM Segamat. Tapi world cup ni masa cuti semester. Memang melanguk jer takder buat apa-apa. So ini world cup pertama yang aku berjaga malam pun orang tua tak bising.
Masih sokong Argentina. Kali ini bukan pasal Maradona ajer. Tapi pasal Claudio Caniggia. Sebagai peminat heavy metal, sesiapa yang gaya rambut panjang macam mat metal, Andre Agassi contohnya mesti kau suka punya. Sayangnya perlawanan pertama pun Argentina dah bungkus dengan Cameroon. Tambah malang Argentina kalah kat final. Tapi gol Caniggia masa Argentina kalahkan Brazil tu paling best la..
Tak silap aku zaman ni dah mula dah Dunhill jadi penaja siaran tv. Pada aku world cup kali ni yang paling bosan. Kebanyakan pasukan main defensive. Buang masa. Tak banyak gol. Sebab tu jugak back-pass rule dikuatkuasakan selepas tu..
Nasib ada Roger Milla dari Cameroon Tua-tua pun masih boleh score gol. Siapa yang boleh lupa gaya dia celebrate menari kat tiang bendera corner tu kan...
4 - USA 1994
Zaman aku dah mula kerja. Masa tu kat Menara Kotaraya. Kerja ngan Amanah Saham Johor. Tak bestnya perlawanan banyak mula pukul 8 pagi. Ngam-ngam time masuk kerja. Jawapnya lepas punch card, terus melepak kat Restoran Rakyat depan pintu masuk Bangunan Sultan Ibrahim (dah kena roboh dah sekarang kedai ni)...besar punya ular...heheh..
Tak bestnya nama naik masa meeting mingguan syarikat kes sarapan pagi kat luar layan world cup. Ada pulak yang kaki report. Tapi boss sporting...tak kena apa-apa tindakan pun...heheh...
Masa ni masih sokong Argentina. Boleh tahan kuat team ni. Ada sorang lagu bintang baru rambut panjang, Gabriel Batistuta. Siap buat hat-trick masa 1st game. Sayangnya bila Maradona kena tendang kes doping selepas 2 game. Argentina terus merundum....
Antara World Cup yang aku tak suka...pasal Brazil menang...walaupun aku tak suka Itali...tapi aku lebih tak suka Brazil...tak kira lah Sepultura tu asal Brazil...pada ku Brazil ni kira mainstream sangat...aku nak yang underground juara...heheh...
Tapi Bebeto punya goal celebration tu antara yang jadi ikutan kan...Kalau tak silap World cup yang ini England tak layak...TV malaysia pulak masa tu sharing antara TV1 dan TV3 tayang live...dua-dua pun Dunhill taja...untung la zaman tu...takder astro pun boleh layan semua game live...
Kalau rajin...tapi tak janji...akan sambung cerita World Cup yang seterusnya...
batigol... legend
ReplyDeleteUSA94 aku dpt tgk final dari awal sampai abis, tak pi sekolah sbb demam, waktu ni aku form 3... nasib baik kawan2 dan cikgu tau yg aku bukan kaki bola, jadi taklah kena chop cuti sbb nak tgk final world cup (hehehe)
ReplyDeleteBautistuta.. Lama siot tak dengo nama ni..
ReplyDeleteDato rahim razali mmg legend..suara dia yg mahal tuuuu..
batistuta tu mmg lagend...
ReplyDeleteAku ingat masa dulu kontroversi, orang semua cakap dan berita pun, jerman pakat ngan austria nak kasi algeria out. Jugak yang pemain peranchis tu nak mati kena taekwondo tu. So tu jam pada aku jerman jahat. 86, 90. 94 tak ingat lak haha.
ReplyDeleteBeb nanti aku bilang kau senarai2 aku pergi ambik bootleg. Dorang semua trade tangan tapi ada orang baik hati lepas tu upload websites haha
ReplyDeletebuku stiker Figurine Panini? aduii.... tak boleh lupa punya kenangan... duit sekolah habes sume beli stiker ni...
ReplyDelete