Thursday, June 12, 2014

Throwback : World Cup Pt 1

Sempena demam World Cup yang sedang melanda...

Tak seperti masa budak-budak dulu...excited nak nengok world cup dah berkurangan...mungkin dah tua kot...heheh...4 tahun dulu pernah cerita pasal ni >SINI<. cepat betul ek masa berlalu....

Tahun ni tak pasti nak sokong mana walaupun secara tradisinya aku cenderung pada Argentina. Tapi aku tak suka Messi. Mungkin sokong Belanda. Van Gaal dan Van Persie punya penangan. Mungkin nak tengok yang underdog menang...mana tau Belgium ker....harap Adnan Januzaj dapat main...

Tapi untuk kali ni aku cerita sikit pasukan-pasukan yang aku sokong dari mula aku hidup kat dunia...


1- Jerman Barat 1974


Aku budak lagi...tak tau apa.


2 - Argentina 1978


Aku darjah 1. Masih tak tau sangat. Zaman tu bukan macam zaman sekarang. Info bukannya senang nak dapat. Tiada internet tiada Astro. Tambah aku duduk kampung. Tapi yang aku ingat sangat adalah si rambut panjang Mario Kempes dan team Argentina. Nama yang sering disebut-sebut pada masa tu. Pak cik jiran rumah kat kampung sebelah siap frame poster Mario Kempes ni gantung kat hall rumah dia. Main bola petang-petang pun semua berangan nak jadi Mario Kempes.


Benda ni memang aku tak boleh lupa bila sebut pasal World Cup 1978 walaupun aku tak pernah pun tengok macamana Mario Kempes ni main. Tu jam rumah aku pun tv hitam putih lagi. Rumah pun takder elektrik. TV  pun pakai bateri kereta. Lampu pun pakai lampu pam. (generasi sekarang mesti tak terpikir macamana tv guna bateri kereta kan?..) Setau aku takder pun siarang langsung. Mungkin ada siaran tertunda kot. Ntah aku pun tak ingat sangat...

Yang pastinya bapak aku siap ada beli beg adidas yang ada logo Argentina' 78. Beg tu aku pakai buat pergi sekolah. Tak main ler beg gambar ultraman...heheh...

Mungkin ini permulaan mengapa aku ada soft spot pada team Argentina..


3- Sepanyol 1982



Bolehlah dikatakan secara rasminya ini adalah world cup pertama aku. World cup yang aku betul-betul follow. World cup yang aku betul-betul kemaruk dan excited nak nengok. Sanggup berjaga malam nak tengok. Maklumlah dah besar sikit. Dan seperti kebanyakan budak-budak di zaman tu aku menyokong Brazil.

Semuanya gara-gara Zico. Tu jam memang minat giler kat dia. Time main bola semua berebut nak jadi Zico. Walaupun zaman tu aku minat juga dengan Bryan Robson. Penyebab utama aku jadi penyokong Manchester United sampai sekarang. Tapi Zico ni lain. Dia kira macam Lionel Messi ataupu Cristiano Ranaldo bagi budak-budak sekarang. Tambah-tambah pula team Brazil zaman tu memang hebat. Ada Sócrates, Eder, Falcão, Júnior dan lain-lain. Ini kira all time favourite team piala dunia aku la...Sayangnya team ni kalah dengan Itali dan Paolo Rossi. Frust giler. Pertama kali dalam hidup aku rasa macamana rasa kecewa bila team bola yang kita sokong kalah. Ingat lagi bila pergi sekolah semua muka sedih dan muram. Macamlah kita semua rakyat Brazil....(sampai sekarang aku tak berapa suka Itali....ni semua salah Paolo Rossi...hahaha...)


Antara kenangan yang aku tak boleh lupa ini pertama kali RTM buat siaran langsung hasil dari derma orang ramai. Kira siaran langsung di taja sendiri oleh rakyat Malaysia. Ni la mulanya Dato' Rahim Razali jadi popular dengan trademark ulasannya tu. Aku dengan abang sanggup berjaga malam nak tengok walaupun kebanyakan malamnya aku tertidur di depan tv. Mak memang bising lah maklum tahun tu tahun aku nak ambik UPSR penilaian darjah 5...iskh...terasa tua betul la....hahaha...

Siapa ingat buku sticker world cup Espana' 82 dari Ovaltine....aku baru jumpa balik buku ni kat kampung....nanti rajin aku tampal....

bersambung.............kalau rajin.




12 comments:

  1. World Cup 82 sememangnya yang pertama follow..kenangan darjah 5 tu tapi tetap tengok dan semestinya Brazil kerana Zico...kerana world cup ni la anti giler dengan Paolo Rossi...penyerang yang tak bagus mana pun

    Pasal buku sticker tu pun masih ingat...bersama-sama rakan baik sekelas kumpul ..budak cina, tapi dia sokong England....dan rakan sekelas tu berjumpa kembali selepas 30 tahun sebab sekolah menengah dia sekolah lain.

    ReplyDelete
  2. Pasal sticker tu memang aku ingat..abg2 aku pun ada kumpul dulu..yg takleh lupa world cup 86' laa..yg maradona gol guna tangan tu..heheh

    ReplyDelete
  3. aku mula tgk worl cup masa francis lawan brazil final, francis menang sebab zidane ada time tu.. hahhaa... aku sokong 4 tahun lepas aku sokong argentina, tahun ni aku nak sokong japan.. hail japan... nanti aku buat entri, ada buku catatan 4 tahun lepas yang ada aku tampal,ambil dari surat kabar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku budak2 dulu pun rajin gunting gambar...artikel pasa bola...pasal manchester united...tampal kat buku...sipa bawak gi sekolah...sekarang ntah mana ntah perginya....mesti mak aku dah buang dah...

      Delete
  4. haha, ya ada buku ovaltine kan setiap team ada stiker ye.
    ingat lagi piala dunia ditaja rakyat Malaysia.
    Kenangan manis la ye ni semua...
    dah takde la kehidupan cam gini zaman ni..
    We were very lucky dapat experience ni semua....walau masih sekolah rendah gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa minum milo....world cup 82 punya pasal tiap2 bulan suh mak beli ovaltine pasal nak lengkapkan sticker tu semua...best betul kalau ingat2kan zaman tu....

      Delete
  5. tu jam aku tahu Pat Jenning.. Arsenal kan? so aku sokong Northen Ireland.

    Tu jam aku tak dapat bayangkan betapa UPSET Northen Ireland kalahkan Sepanyol dalam World Cup kat Sepanyol.
    Sekarang ni dah boleh nilai, aku rasa ni memang betul2 nye UPSET.
    Ooo Brazil 1982 ye... EDER!!!!!!!! dia rembat dari jauh kan? sampai sekarang gol dia ngan New Zealand tu aku rasa antara terhebat dalam sejarah World Cup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku Northern Ireland pun sokong jugak...Norman Whiteside tu....siapa boleh lupa Manchester United punya legend ni kan...permain termuda pernah main dalam world cup...sampai sekarang kan dia pegang record tu...

      Delete
  6. mula follow..WC 1986..... buku panini tak ada simpan ke?? rare jugak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada...complete semua sticker....kena kembur stor ni....lupa dah letak kat mana...

      Delete