Thursday, January 15, 2015

My Life with Deth




My Life with Deth: Discovering Meaning in a Life of Rock and Roll -  David Ellefson (2013)

OK! Itu sahaja ayat yang saya boleh gambarkan berkenaan buku biography ini. Saya harapkan ianya adalah "the other side of Megadeth". Tetapi nampaknya Dave Jr terlalu berhati-hati. Isu-isu kontroversi contohnya kes saman beliau terhadap Dave Mustaine hanya diceritakan sepintas lalu. Mungkin kerana beliau hendak menjaga hati setelah kembali ke dalam Megadeth.


Memang tak jumpa la cerita-cerita dalam selimut Megadeth. Ianya lebih kepada cerita perbadi beliau seperti kebanyakan buku "rockstar" yang lainnya. Dari seorang "drug addict" menjadi "sober". Yang berbezanya banyak pula kisah beliau dan agama kristian. Beliau sekarang menjadi seorang yang agak alim sebenarnya (dalam konteks agama kristian la).


Kebanyakannya cerita perihal Megadeth tidak di tulis secara mendalam. Mungkin beliau beranggapan kisah-kisah Megadeth telah pun ditulis di dalam buku Dave Mustaine. Tetapi sebagai pengemar Megadeth, sebenarnya itulah yang kita mahukan. Sayangnya terlalu banyak yang agak "general" ceritanya.

Walaupun begitu, jika anda pengemar David Ellefson khususnya dan Megadeth amnya, buku ini memang patut anda baca.





8 comments:

  1. abg mus dan dave jr mmg orang *alim dah skrg ni... hehehe

    ReplyDelete
  2. oo ya ada teringat pasal kes saman menyaman tu...
    tu jam zaman system has failed kot

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. ebay...nasib baik boleh dapat bawah RM30...

      Delete
  4. Ooo..takda eh kisah kontroversi dia ngan abg mus dulu..ni pun aku tgh tunggu buku duff mckagan..oder online kt mph haritu tak sampai2 lagi

    ReplyDelete
  5. Hi! Wanted to ask if this is reprinted edition or original?
    I oredered this book in a paperback format and in reprint 8 July 2014. So there were only 238 pages, not 256. It haven't delivered yet so I'm afraid there will be the book without extras (like the Ellefson's photos in your post) and with the cut text.

    ReplyDelete
  6. Hi, mine is original version dated 2013. Tq.

    ReplyDelete