Friday, January 9, 2015

Throwback : 1985



30 tahun telah pun berlalu. Tetapi ianya bolehlah dikatakan sebagai titik permulaan untuk saya menemui genre muzik yang saya gemari. Ini adalah tahun yang saya mula mencari muzik secara sendiri bukannya lagi apa yang abang saya dengar itulah yang saya dengar.

Dari awal lagi saya sudah sedar yang saya lebih mengemari muzik yang ada bunyi gitar. Awal 80an adalah zaman dimana abang saya sedang kemaruk dengan muzik new-wave dan saya juga terpengaruh sama. Walaupun saya sukakan Pet Shop Boys ataupun Wham, tetapi saya rasakan lebih seronok apabila mendengar muzik yang "guitar oriented" seperti Bryan Adams ataupun Rick Springfield.

Pengalaman pertama kali mendengar lagu "2 Minutes To Midnight" dan terus "jatuh cinta" mengesahkan lagi kecenderungan genre muzik saya. Tambahan pula saya mula bertemu dengan rakan-rakan sekolah yang satu kepala.

Album-album di atas yang diterbitkan pada tahun 1985 adalah antara penyumbang utama untuk saya mula jatuh hati dengan genre "heavy metal". (Tapi masa tu semua pun orang panggil rock, tak ada sub genre pun). Tambahan pula pada ketika jenama-jenama kaset "pirate" seperti apache, rock world, foot print dan beberapa lagi yang telah saya lupa telah mula muncul di pasaran. Sayangnya banyak yang telah saya hilang.

Tetapi pada saya yang membuatkan ramai budak-budak melayu sezaman saya celik mata pada muzik rock pada ketika itu adalah bila munculnya album ini...


Walaupun band-band rock dari Singapura seperti Sweet Charity, The Unwanted, Kingdom in Rock dan lain-lain telah pun muncul lebih awal. Teapi Search muncul dengan muzik rock semasa. Muzik rock dengan pengaruh NWOBHM  bukannya lagi rock 70an.

Menjelang penghujung 1985 hingga ke tahun 1986, saya telah mula kemaruk mendengar muzik rock. Kemunculan album Batte of the Bands (1986) menguatkan lagi minat saya sehinggakan mempunyai band rock sendiri (band budak sekolah yang syok sendiri...hahaha..) ...and the rest is history....




8 comments:

  1. Aku sampai skarang tak pernah dengar Stryper.
    Dan aku masih mempersoal dorang nye live dvd ada satu live in Indonesia kan...
    Biggest Muslim country in the world
    Tak tahu lak tu show dorang distribute bible ke tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi la tak dengar Stryper...haha...dorang ni just macam band black metal lirik cerita setan tapi dorang cerita jesus...dan tak semua pun lirik dorang cerita pasal tu...at the end of the day...dorang just rock n roll band macam yang lainnya...tu semua gimik ajer...

      aku paling suka Stryper pasal lagu dorang memang melodic giler tambah twin gitar solo dari "Michael Sweet" dan "Oz Fox"...memang giler sedap...

      try la layan "Live In Indonesia At Java Rockin' Land" tu...kat youtube pun ada....



      Delete
  2. Ratt. Terlepas satu LP ni dekat eBay haritu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ratt - Invasion of Your Privacy aku ada lp...heheh...

      Delete
  3. belum lahir lagi aku.. korang sudah ber rock n roll...

    ReplyDelete
  4. Cinta Buatan Malaysia lagu tu selalu terasa nak cover tapi tak pernah kesampaian.

    ReplyDelete
  5. Album accept satu pun aku takda..payah betul nak jumpa.84-85-86 mmg tahun emas muzik rock n heavy metal.dulu yg aku ingat logo grim reaper tu (gambo antu penyabit naik kuda) ada kat mana2..heheh

    ReplyDelete
  6. muzik rock boleh mengingatkan pada kenangan lama tetap segar dalam ingatan walau 30 TAHUN telah berlalu!

    ReplyDelete