Wednesday, January 28, 2015

Time's Makin' Changes – The Best of Tesla

Yang dah pun menjangkau 20 tahun...


Tesla - Time's Makin' Changes – The Best of Tesla (1995)

Tidak dinafikan, Tesla adalah salah sebuah band kegemaran saya semenjak kali pertama mendengar kaset The Great Radio Controversy pada tahun 1989 dahulu. Mana-mana band yang mempunyai "twin guitar solo" memang mudah untuk saya minati.

Time's Makin' Changes mengandungi pilihan lagu-lagu dari 4 album awal mereka, Mechanical Resonance (1986), The Great Radio Controversy (1989), Psychotic Supper (1991) dan Bust a Nut (1994)  berserta album live, Five Man Acoustical Jam (1990).

Mereka tidak pernah berubah. Tidak "selling out". Tidak kira zaman ketika "glam" ataupun "grunge", mereka tetap dengan muzik hard rock heavy rock n roll mereka. Dari awal hingga sekarang tetap dengan imej "blue collar band", tshirt dan jeans. Makanya tidak banyak beza dari segi arah tuju muziknya tak kira album 80an ataupun 90an mereka.


Mungkin ini tempat terbaik kalau anda hendak mengenali muzik mereka. Tiada masalah pada saya terhadap pilihan lagu-lagu di dalam kompilasi ini walaupun sebenarnya mereka ada banyak lagu-lagu yang bagus. Banyak mana la boleh muat dalam 1 disc kan. Tapi sekurang-kurangnya 2 lagu dari setiap album ada di dalamnya. Lagu yang berat, lagu perlahan malah lagu live accoustic mereka pun ada.

Terbaik dari band yang sangat "underated".



5 comments:

  1. jap lagi aku nak g dgr kat utube...

    ReplyDelete
  2. aku masih kagum ngan 5 men accoustic jam tu..
    sangat significant berbanding ngan mtv unplugged series selepas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul deaf...salah satu all time fav album live aku...

      Delete
  3. Tesla pun aku kenal dari abg2 aku jugak..syg la diorang tak femes mcm band glam rock yg lain.padahal muzik diorang bagus

    ReplyDelete