Monday, January 5, 2015

Mini Great Wall of China di Pulau Pangkor

Hari tu masa ke Damai Laut, sempat juga menyinggah sebentar ke Pulau Pangkor.


Tak ada mandi laut ker apa...ikut program yang dah dirancang oleh Swiss Garden. Antara programnya adalah melawat ke Mini Great Wall of China.


Ini adalah kunjungan ke 3 saya ke Pulau Pangkor, tetapi kali pertama bergambar sakan di kawasan ini.


Terletak di lereng bukit di sebuah kawasan tokong cina. Yang jadi menariknya adalah replika kecil tembok besar china yang dibina di sekitarnya.


Yang tak menariknya...penat la pulak nak kena mendaki...adoii..tak terlarat nak kejar si kecik tu berlari...


Tapi bila sampai atas...kira puas hati jugak la bila nampak pemandangan yang cantik...


Ok la tu...nak tengok tembok yang betul belum lagi termampu...yang kecik ni pun jadi la...


btw...mengikut kata pemandu pelancong...nak beli cenderahati macam fridge magnet, key chain...kat kawasan ini adalah yang paling murah...agaknya la kot...saya tak buat survey pun...





3 comments:

  1. Aku tengok Great Wall Of China nye photos tu aku selalu kagum dulu2 nye cara peperangan macam mana sey

    ReplyDelete
  2. Jenuh jugak nak mijak tangga tu..heheh.tengok dari atas baru lawo eh

    ReplyDelete
  3. Jauhnye pergi tembok besar. Tropical village Air Hitam pun ada. Hehehe

    ReplyDelete