Cerita pasal filem pulak...
Mungkin saya patut buat entri macam 2 tahun yang lalu. Menonton semua filem yang tercalon untuk anugerah Academy. Setakat ini saya telah menonton 2 daripadanya. Ini yang pertama. (di tonton sebelum tau ianya tercalon)
The Imitation Game (2014)
Asalnya saya menonton hanya semata-mata kerana adanya Keira Knightley (hahaha..) Tak tahu pun kisahnya berkenaan apa. Tetapi ternyata filem ini bagus dan rating tinggi di IMDB dan Rotten Tomatoes mengesahkannya.
Secara ringkasnya ia berdasarkan kisah benar seorang pakar matematik dan kriptologi bernama Alan Turing yang mengetuai misi untuk memecahkan kod Enigma Jerman yang membolehkan pihak bersekutu memenangi Perang Dunia Kedua.
Tak pasti sejauh mana kisah ini benar-benar berdasarkan kisah yang sebenarnya. Kalau kita "google", ada fakta yang dikatakan ditokok tambah untuk menyedapkan jalan cerita. Itu biasalah dalam filem demi untuk menambahkan elemen dramanya. Tetapi yang pastinya mesin yang dicipta dan digunakan oleh Alan Turing untuk memecahkan kod rahsia Jerman itu adalah versi awal komputer yang kita gunakan pada hari ini.
Mungkin ada isu moral di sini kerana Alan Turing adalah seorang gay. Tetapi lakonan Benedict Cumberbatch (mungkin anda kenal dia melalui siri tv Sherlock) sangat menyakinkan. Saya tak hairan bila nama beliau juga tercalon untuk kategori pelakon terbaik.
Untuk kategori drama, ini memang cukup bagus!
kompom best klu kisah benar, aku minat giler ceta2 kisah benar, kalau aku lihat sbelum main kat hbo, dia ada tulis kisah benar, aku layan sampai habis. harap ni akan main kat hbo haha
ReplyDeleteTerima kasih utk review ni. Movie yang base on true events/story memang kena layan. Antara fav saya tentu lah Malcom X (1992) dan The Killing Fields (1984)..
ReplyDeleteBaru layan mlm tadi movie ni..
ReplyDelete