Friday, May 22, 2015

Tyranny of Souls

Esok, 23hb May, genap 10 tahun...


Bruce Dickinson - Tyranny of Souls (2005)

Tabik! Dalam sibuk-sibuk tour bersama bersama Iron Maiden, rakaman program tv (Flying Heavy Metal), menjadi DJ Radio, sukan lawan pedang, menulis novel dan menjadi pilot....sempat juga beliau menyiapkan album solo. Memang tabik!

Tambah tabiknya, ianya bukan sekadar album ala kadar. Malah memang bagus. Nampaknya kombinasi antara beliau dan Roy Z memang sangat serasi bersama. Roy Z bukan sekadar penerbit dan pencipta lagu bersama, malah memainkan semua track gitar dan majoriti bass dalam semua lagu. Boleh tahan hebat rif-rif beliau (contoh intro lagu "Abduction").

Mungkin yang kurangnya kalaulah dapat Adrian Smith menyolo seperti dalam album "Accident of Birth" dan "The Chemical Wedding" tentu lebih menarik. Tapi takut-takut pula nanti ianya berbunyi seperti Iron Maiden. Marah pulak Steve Harris nanti. (heheh..)  Maklumlah kedua-duanya dah kembali dalam Iron Maiden. Malah ada juga lagu-lagunya yang pada saya lebih sedap dari lagu-lagu dari "Brave New World" atau "Dance of Death".


Keseluruhannya, Tyranny of Souls adalah album yang bagus. Tak perlu minat Iron Maiden untuk suka. Janji anda sukakan heavy metal. Ada yang berat, melodic, accoustic dan progressif. Di tambah pula dengan suara Bruce yang power.

Dengar tak jemu. Tak kira lah yang berat macam "Soul Intruders" ataupun balada macam "Navigate the Seas of Sun". Malah pada saya "Navigate the Seas of Sun" adalah sama level ataupun mungkin lebih bagus dari "Tears of the Dragon".

Selepas 10 tahun...harapnya akan ada lagi projek beliau bersama Roy Z.

Semoga cepat sembuh....








4 comments:

  1. Aku nye wish. Steve Harris jangan masuk campur production langsung. Either Roy Z atau Adrian Smith take charge but it wont happen.
    Navigating seas of life ngan kill devil hilll ngan satu lagu laju track 6 ke 7, sedap giler.

    ReplyDelete
  2. hahaha... entri aku masih dlm bentuk draft, esok baru post

    ReplyDelete
  3. Album ni pun tak dpt beli susah betul nak jumpa dari dulu.kalo stail sama mcm album "balls to picasso" mmg best dah tu

    ReplyDelete