Friday, May 8, 2015

Walk on Water

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 14hb april yang lalu...


UFO - Walk on Water (1995)

Dulunya agak teruja hendak mendengar album ini. Maklumlah ini album reunion untuk line-up paling best mereka. Line-up zaman Phenomenon/Force It. Michael Schenker - Phil Mogg - Pete Way - Andy Parker - Paul Raymond. Memang lejen. Sayangnya pada ketika itu ianya hanyalah untuk pasaran di Jepun. (di edarkan seluruh duni hanyalah 2 tahun selepas itu)


Memang susah lah nak dapat. Di zaman penggunaan internet belum meluas. Album ini tidak pernah saya dengar sehinggakan hampir-hampir terlupa keujudannya sehinggalah zaman pandai ber"ebay". Tak sangka pula dapat versi asal Jepun. Siap ada Obi Strip lagi. Tak banyak koleksi saya yang datangnya dari Jepun. Seperti biasa versi Jepun ada track tambahan. Cumanya yang ini hanyalah ucapan-ucapan dari band members UFO untuk orang-orang Jepun.


Rasanya tak rugi penantian selama bertahun. Track pembukaannya, "A Self-Made Man" sahaja sudah cukup buat rasa teruja. Ianya memang benar-benar bunyi UFO zaman Phenomenon/Force It. Cuma mungkin soundnya lebih moden. Tetapi "feel"nya memang sekali dengar dah tahu dah, ini muzik UFO.


Asalnya saya agak kurang gemar bila mereka merakamkan semula "Doctor Doctor" dan "Lights Out". Biarlah yang asal terus menjadi klasik. Tetapi selepas 2,3 kali pendengaran, rasa macam sedap pulak versi 1995 ini. Terutamnya bab solo gitar Micheal Schenker. Rasa segar. Siapa lagi yang layak merakamkan semula lagu-lagu klasik ini kalau bukan mereka sendiri. Ye tak?


Kalau anda sukakan UFO zaman Phenomenon/Force It atau sukakan hasil kerja gitar Michael Schenker, memang tak rugi beli album ini.






4 comments:

  1. Ufo hebat la ye
    Anyway, metaltalk.net baru keluar ulasan michael schnker temple of rock nye show ngan kirk hammet join natural thing ngan blackout.
    Dream lineup la ye ngan scorpions francis bulchoz hermanrarebell,

    ReplyDelete
  2. Dah pegang lp dia haritu.patut la harga seken pun mahal.limited edition rupanya.baru tau..kalo line up asal mmg best lah

    ReplyDelete
  3. aerosmith pun ada lagu tajuk "Walk on Water"

    ReplyDelete
  4. aku ada dgr maiden bawa lagu doktor2 tu kat utube hehe

    ReplyDelete