Amtara yang baru ditonton..
All Things Must Pass: The Rise and Fall of Tower Records (2015)
Ini sebuah dokumentari yang menarik. Ianya bukan sekadar cerita tentang kejatuhan sebuah syarikat yang bernilai USD1 billion pada tahun 1999 tetapi jatuh bankrap 5 tahun kemudiannya. Tetapi ianya juga tentang satu budaya sosial yang hampir pupus untuk generasi sekarang. Berapa ramai budak budak sekarang yang membeli cd apatah lagi melangok berjam-jam di kedai cd. Nak cari kedai cd (dulu kita panggil kedai kaset) yang betul betul "pure" pun dah susah. Tambah lagi kalau anda menetap di Johor Bahru. Mana hilangnya JB Rock n Roll city???
Berbalik pada All Thing Must Pass, ianya menceritakan bagaimana pengasasnya,
Russ Solomon memulakan Tower Records dari tahun 1960 hingga menjadi rangkaian kedai menjual muzik terbesar dengan cawangan di serata dunia (termasuk Malaysia) dari zaman lp, kaset hinggalah ke cd dan akhirnya terkubur di zaman internet dengan kedai terakhirnya di tutup pada tahun 2006.
Ada juga temubual dengan selibriti seperti bekas pekerja mereka,
Dave Grohl, pelanggan tetap
Elton “I spent more money in Tower Records than any human being” John dan
Bruce “Everybody in a record store is your friend for 20 minutes” Springteen. Semua mereka ada cerita tersendiri tentang Tower Record. Begitu juga saya. Kalau tak silap tahun 1996, ketika itu Tower Records terletak di KL Plaza Jalan Bukit Bintang, saya adalah salah seorang yang mengkayakan tokey Tower Records.
Pernah sekali ketika dapat bonus tahunan, terus borong 12 keping cd sekaligus. Bayangkan sekeping dalam RM45++, berapa banyak duit bonus habis ke situ. Tu belum kira yang tiap-tiap minggu menyingah lagi. Memang parah.
|
antara cd yang di beli di Tower Records, yang Arise tu masih ada tanda harga Tower Records |
Tapi Tower Records memang best la. Tak pernah jumpa kedai muzik sebesar itu. Luas dan selesa untuk menghabiskan masa berjam-jam kat situ. Antara peristiwa yang tak boleh lupa, terjumpa cd
Death Angel - Act 111 di bahagian cd pop. Nak kata dorang salah letak, tak mungkin. Budak yang jaga tu siap tunjukkan kat bahagian mana nak cari cd-cd thrash bila nampak saya pegang cd Death Angel. Ni mesti kes macam
Deaf sembunyikan cd supaya orang lain tak jumpa...hahaha...
Sayang dah tiada lagi kedai seperti ini. Banyak juga koleksi cd saya di beli di sana. Tetapi Tower Records yang kat Permas Jaya tu tak sempat nak terjah sangat, Baru sekali dua pergi dah tutup. Itu zaman kejatuhan Tower Records macam yang diceritakan dalam dokumentari ni. Internet bukan sahaja puncanya. Harga cd yang mahal juga memainkan peranan.
Apa-apa pun memang rindu la zaman lepak-lepak kedai kaset terutamanya kedai kaset Muzika kat Plaza Kotaraya, JB dulu. Hampir tiap-tiap hari balik kerja singgah situ. Sampai dah kenal dan mesra dengan penjaganya.
Bak kata tajuk dokumentari ini, All Things Must Pass....begitu juga dengan budaya kedai kaset. Zaman telah beubah. Ianya menjadi kenangan bagi generasi seperti saya.
Rekomended bagi golongan yang kaki lepak kedai kaset...