Thursday, May 5, 2016

Menace to Insanity

lagi cd reissue...tapi kali ini yang berbahasa inggeris...



Slum Scum - Menace to Insanity (1993) - keluaran semula 2016

Tabik atas usaha saudara Kamarool dari NSR yang mengeluarkan semula album-album sebegini. Baik untuk budak budak baru yang tidak pernah mendengarnya dan baik juga untuk orang-orang lama untuk mengimbau kenangan zaman muda remaja.

Slum Scum pada saya adalah sebuah band yang unik. Tak banyak band dari 1st wave of Malaysian Undergroud Scene yang membawakan muzik thrash/death metal dengan pengaruh grind seperti mereka. Mereka adalah antara yang terawal. Tetapi sayangnya nama mereka tidak segah nama-nama besar yang lainnya. Mungkin pada ketika muzik sebegini belum diterima sepenuhnya.


Dari segi sound cd reissue ini rasanya ok. Saya tak pasti dari mana sumbernya dan saya pun tidak mempunyai kasetnya yang asal untuk di buat perbandingan. Suka lagu "Awakening", sound gitar akustiknya clear. Banyak juga lagu-lagunya mengingatkan saya kepada Sepultura yang lama.

Tetapi rasanya ramai juga yang ingat mereka kerana pemain drumnya adalah Lee Space. Bekas anggota Rator, Silent Death, Exorcist, Tormentor dan tak lupa XPDC, Def-Gab-C dan Ayah Pin (heheh..)




9 comments:

  1. tak berapa tahu sangat tentang band ni....

    ReplyDelete
  2. hehe ayah pin sudah mati.
    nak beli juga album ni, nak lengkapkan koleksi album klasic underground tempatan.

    ReplyDelete
  3. Klu rilisan semula metal2 ni aku belum terjah lagi.. masih mengutamakan rock kapak.. rock kapak pun masih ade berdozen2 lagi yg blum rilis.. mari menjual tanah untuk modal.. hehe

    ReplyDelete
  4. Betul la tak ramai yg tau band ni.padahal diorg la 1st wave malaysian underground meta

    ReplyDelete
  5. aku ada tape Slum Scum ni. sound cd rilisan semula dr NSR setakat ni mmg best. mungkin NSR ada mastertape kot utk album2 yg diorg rilis semula ni.

    ReplyDelete
  6. oh sound ok heh, tq. gonna get this

    ReplyDelete
  7. secara jujurnya mmg saya tidak mengenali band ni hingga lah ada org rilis official tshirt..dah beli cd ni dan yg pasti album ni bukan album kegemaran saya

    ReplyDelete