Friday, May 6, 2016

All Things Must Pass

Amtara yang baru ditonton..



All Things Must Pass: The Rise and Fall of Tower Records (2015)

Ini sebuah dokumentari yang menarik. Ianya bukan sekadar cerita tentang kejatuhan sebuah syarikat yang bernilai USD1 billion pada tahun 1999 tetapi jatuh bankrap 5 tahun kemudiannya. Tetapi ianya juga tentang satu budaya sosial yang hampir pupus untuk generasi sekarang. Berapa ramai budak budak sekarang yang membeli cd apatah lagi melangok  berjam-jam di kedai cd. Nak cari kedai cd (dulu kita panggil kedai kaset) yang betul betul "pure" pun dah susah. Tambah lagi kalau anda menetap di Johor Bahru. Mana hilangnya JB Rock n Roll city???

Berbalik pada All Thing Must Pass, ianya menceritakan bagaimana pengasasnya, Russ Solomon memulakan Tower Records dari tahun 1960 hingga menjadi rangkaian kedai menjual muzik terbesar dengan cawangan di serata dunia (termasuk Malaysia) dari zaman lp, kaset hinggalah ke cd dan akhirnya terkubur di zaman internet dengan kedai terakhirnya di tutup pada tahun 2006.

Ada juga temubual dengan selibriti seperti bekas pekerja mereka, Dave Grohl, pelanggan tetap Elton “I spent more money in Tower Records than any human being” John dan Bruce “Everybody in a record store is your friend for 20 minutes” Springteen. Semua mereka ada cerita tersendiri tentang Tower Record. Begitu juga saya. Kalau tak silap tahun 1996, ketika itu Tower Records terletak di KL Plaza Jalan Bukit Bintang, saya adalah salah seorang yang mengkayakan tokey Tower Records.

Pernah sekali ketika dapat bonus tahunan, terus borong 12 keping cd sekaligus. Bayangkan sekeping dalam RM45++, berapa banyak duit bonus habis ke situ. Tu belum kira yang tiap-tiap minggu menyingah lagi. Memang parah.

antara cd yang di beli di Tower Records, yang Arise tu masih ada tanda harga Tower Records

Tapi Tower Records memang best la. Tak pernah jumpa kedai muzik sebesar itu. Luas dan selesa untuk menghabiskan masa berjam-jam kat situ. Antara peristiwa yang tak boleh lupa, terjumpa cd Death Angel - Act 111 di bahagian cd pop. Nak kata dorang salah letak, tak mungkin. Budak yang jaga tu siap tunjukkan kat bahagian mana nak cari cd-cd thrash bila nampak saya pegang cd Death Angel. Ni mesti kes macam Deaf sembunyikan cd supaya orang lain tak jumpa...hahaha...

Sayang dah tiada lagi kedai seperti ini. Banyak juga koleksi cd saya di beli di sana. Tetapi Tower Records yang kat Permas Jaya tu tak sempat nak terjah sangat, Baru sekali dua pergi dah tutup. Itu zaman kejatuhan Tower Records macam yang diceritakan dalam dokumentari ni. Internet bukan sahaja puncanya. Harga cd yang mahal juga memainkan peranan.

Apa-apa pun memang rindu la zaman lepak-lepak kedai kaset terutamanya kedai kaset Muzika kat Plaza Kotaraya, JB dulu. Hampir tiap-tiap hari balik kerja singgah situ. Sampai dah kenal dan mesra dengan penjaganya.

Bak kata tajuk dokumentari ini, All Things Must Pass....begitu juga dengan budaya kedai kaset. Zaman telah beubah. Ianya menjadi kenangan bagi generasi seperti saya.

Rekomended bagi golongan yang kaki lepak kedai kaset...





20 comments:

  1. sebelum Tower Records, Salem Power Station pun best gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dulu selalu pegi Salem Power Station kat Ampang Point...dorang selalu buat sales...dan harga murah sikit banding Tower Records...tapi Tower Records pilihan cd rock metal banyak...dia siap ada section untuk thrash...kat kocek ada 2,3 ratus pun rasa tak cukup...haha...

      Delete
    2. betul. aku sempat beli patch misfits kat SPS yg ada kat BB Plaza kalau tak silap. nak beli cd telan air liur je la masa tu. hahaha.

      Delete
  2. Delta Goodrem cd last beli kat Tower Record Permas Jaya. Aku rasa mati ka JB pasal bila ada aje cd/dvd baru, minggu depan dah ada kat Holiday Plaza.

    ReplyDelete
  3. aku tak boleh ah baca buku gini, nanti aku sedih. haha.
    Banyak kenangan Tower Records, baik di Singapore dengan tiga cawangan dan jugak di Bukit Bintang KL zaman2 horray2 dulu...
    Di Singapore jugak ada satu monster besar giler nye HMV satu masa dahulu...
    Aku sedih ah baca ni post

    ReplyDelete
  4. Kat Gurney Plaza Penang dulu ada satu Tower Records.. First time beli kat situ VCD Pink Floyd Pulse Live..

    ReplyDelete
  5. la ni bukan JB Rock n Roll city. bola city

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak..sana sini org pakai jersey JDT jer sekarang...mana nak jumpa pakai tshirt rock..

      Delete
  6. All thing must past is a title of George Harrisons song/album

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya untuk dokumentari ni tajuk tu di ambil dari banner yg digantung oleh pekerja mereka sebelum tower records ditutup selamanya..

      Delete
  7. Aku rasa yg gile cd d negara kita ni maybe ada la dlm sekitar 500-1000 org aje skang.. boleh la tu label2 yg masih bertahan ni nk survive.. klu dorg rajin reissue cd2 rock le.. muehehe

    ReplyDelete
  8. Wah menarik dokumentari ni.last aku masuk tower records kat kl plaza tahun 97 kot.beli kaset megadeth.tapi betul la.tower records ngan salem power station mmg best.nak cd apa semua ada

    ReplyDelete
  9. Menghabiskan masa di kedai cd/kaset ni ibarat menghabiskan masa diperpustakaan... belek2 cd..dgr cd promo..adalah satu terapi.. dulu selalu lepak tower records klcc..skrg dh jd maybank...salem power station kat subang parade dulu banyak poster2 gedabak.

    ReplyDelete
  10. hurm.. sedih la jugak kan.. banyak dah kedai CD lingkup.. kalau kat complex petama, KL dulu, ada bersepah kedai Cd.. skang ni, nak cari satu pun susah.. kalau ada pun, diorang dah tak jual CD sepenuhnya lagi, diorang dah campur jual dgn t-shirt.. macam kat singapore jugak.. kata diorang, nak survive, pasal CD dah tak laku di era millenium ni.. segelintir je yg minat CD, macam geng-geng blogger kat sini la.. sedihnya

    ReplyDelete
  11. tak byk sangat kenangan dgn Tower Records ni, rasanya ada sekali je kot beli CD kat KL Plaza tu..90an aku lebih ke SPS BB Plaza/Lot 10, Victoria music BB...juga Music Valley Leisure Mall Cheras, ni tak pasti tahun bila..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya lepas pergi Tower Records KL Plaza...aku singgah jugak ke SPS dan Victoria Music kat BB Plaza/Lot 10 tu..dekat jer kan...jalan kaki jer...biasa nak cari kaset pergi sana...

      Delete
  12. Ya betul bro, dekat2 je semua kedai tu..

    ReplyDelete
  13. saya pun tak ingat dah berapa banyak kali kasi itu towkey tower records kaya....

    Kat kajang ni satu2nya kedai Uncle CD pun dah tutup tahun lepas...

    ReplyDelete
  14. Dapat beli cd man or astroman,dick dale,phantom surfers cd kt tower rec kl plaza

    ReplyDelete