As Sahar - Baku Karama (1999) - keluaran semula 2016
Secara jujurnya ketika As Sahar meletup dengan eastern black metalnya, saya tidak mengambil tahu pun. Seperti yang sata katakan sebelum ini, pertengahan 90an adalah tahun-tahun yang saya agak "lost" dengan muzik metal.
Ketika Baku Karama keluar, saya dalam proses mengambil tahu apa yang saya tertinggal. Mulanya agak pelik juga. Apa yang saya baca mereka adalah band black metal, tetapi Baku Karama tidak seperti yang saya baca. Ianya sebuah album rock/heavy metal biasa. Kemudiannya barulah saya tahu yang ianya sememangnya di buat begitu kerana sebagai penghormatan dari mereka untuk muzik rock melayu tahun 80an. Siap ada lagu slow rock di track kedua. Susunan biasa bagi album-album rock melayu tahun 80an.
Khabarnya ramai peminat mereka tak suka. Tetapi bagi saya yang membesar dengan lagu-lagu rock 80an, Baku Karama sememangnya album yang bagus. Semua lagu sedap. Solo-solo gitarnya pun bagus. Situasinya mengingatkan saya kepada Celtic Frost dengan album Cold Lake. Ramai tak suka, tapi saya suka.
Manchester United rocks!!! |
Terbaik!
sama la ngan aku..dulu beli album ni konon nak try dengar black metal As Sahar macam mana,sekali glam rock rupanya..heheh..tapi album ni memang terbaik
ReplyDeleteAlbum Baku karama ni lah satu - satunya album as-sahar yg masyuk dgn jiwaku.. Album lain diorang tu, No comment.. Korang try dengar sendiri lah.. Heheheh
ReplyDeletesebuah album yang bagus daripada As Sahar. lagu cover Tanjung Puteri tu selalu saya bawa jamming masa masih kerja di port tg pelepas awal tahun 2000
ReplyDeletebetul tu dorang buat album ni sebab penghormatan mereka untuk muzik rock melayu tahun 80an. bangga sebab di selatan Tanah Melayu dan di Temasik la fenomena rock melayu meletop hingga ke seluruh Nusantara. As Sahar ni memang cintakan sejarah Nusantara kita. cover Tanjung Puteri salah satu buktinya kebanggaan mereka. aku salut As Sahar! Luaskan Kuasamu As Sahar!
ReplyDeletePakai baju manut trebble 1999
ReplyDeletelaungkan as sahar... terbaik ni
ReplyDeletenantilah cuba layan...aku kalau metal kalau suara growl ni memang aku tolak tepi, tak suka suara camtu...
ReplyDeleteOlahan drum dari Fauzzt tu yang meletup.
ReplyDelete