Tuesday, October 4, 2016

Raised On Radio

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada bulan mei yang lalu...


Journey - Raised On Radio (1986)

Ini yang terakhir dari trilogi 3 album Journey era 80an yang saya suka. Escape, Frontiers dan yang menyambut ulangtahun ke 30 pada tahun ini, Raised On Radio.

Sebelum heavy metal, inilah genre muzik yang saya dengar disamping muzik pop new wave 80an. Terpengaruh dengan abang, Journey adalah salah satu band AOR yang menarik minat saya pada ketika itu.


Album ini sebenarnya yang paling kurang saya minat berbanding 2 album lainnya. Sebab utamanya mungkin kerana album ini lebih kepada selera Steve Perry selepas beliau berjaya dengan album solo beliau. Malah beliau juga memecat pemain bass dan drum mereka dengan alasan arah tuju muzik yang berlainan. (Randy Jackson American Idol bermain bass untuk album ini).

Bagi saya ianya kurang lagu yang menyengat. Lagunya ok tetapi kecuali lagu "Girl Cant Help It" dan "Suzanne", tiada yang betul-betul melekat.

Tetapi berkemungkinan besar sebab utamanya adalah saya sendiri. Ini adalah tahunnya saya telah mula terjebak dengan heavy metal. Muzik AOR sebegini tidak lagi menjadi pilihan hati.





6 comments:

  1. Aku suka title album ni pasal untuk generasi zaman tu ramai orang raised on radio,
    girls cant help it, be good to yourself, i be alrite without you,, gerek2 jugak la.
    tapi memamng, frontiers, escape ni macam trilogi gitu kalau budak2 zaman dulu

    ReplyDelete
  2. Lagu suzanne tu selalu gak dengar abg2 aku pasang dulu.

    ReplyDelete
  3. best jugak kumpulan journey ni.. pasang time tidur malam, sambil layan majalah Ujang gitu.. tak sampai 10minit korang pasti tertidur.. haah haah

    ReplyDelete