Tuesday, October 25, 2016

Sweet Charity Boxset

Semalam Rafi Xyrus Zone dah tunjuk dia punya boxset...hari ni blog ni pulak...


Saja nak bakar line pada siapa-siapa yang belum ada...haha..


Lengkap semua album ada termasuklah yang koleksi..koleksi tu penting pasal ada lagu dalamnya yang tiada dalam album yang lain.


Sebenarnya taklah boxset sangat pun. Sekadar kertas lipat yang dimasukkan cd didalamnya. Tetapi bila dah susun semua cd didalamnya...hasilnya jadi cantik la juga...Terbaik!


Bagi sesiapa yang belum ada tu inilah peluangnya. Beli satu-satu pun boleh. Taklah rasa berat sangat banding nak beli sekaligus. Tapi yang pentingnya beli cd "Berita Gempa" dulu untuk dapatkan kotak.


Untuk saya dah cukuplah kot. Dua versi cd dah ada. Lepas ni kalau ada lagi cd reissue Sweet Charity memang tak beli dah...lainlah kalau dalam bentuk piring hitam...tergoda jugak tu...heheh..


Dengan ini kira lengkap dah semua lagu dah ada kecuali "Seri Hari Raya". Harapnya lepas ni ada la pula reissue cd hari raya yang ada lagu tu.



Sweet Charity ni sejarah rock melayu. Sesiapa yang sebaya saya pasti terkesan. Dengan keluarnya cd-cd reissue macam ni sekurang-kurangnya muzik mereka akan terus hidup untuk generasi yang seterusnya.

Tahniah kepada sahabat-sahabat yang berusaha menjayakannya. Tabik!





13 comments:

  1. ciss!! dengkinya aku sangat pada kau nie.. sampai habis kau bedal kedua-dua versi CD sweet charity tuh..
    aku satu pun belum ada lagi dalam koleksi.. huhh sedih betul, bercampur dengan geram pun jugak..
    aaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

    ReplyDelete
  2. berteromber kat kedai ada tak jual kotak nya?
    aku cuma missing berita gempa kot.
    Members kau ye buat ni semua? dorang kerja rekod company ke?
    tanyakan boleh BDB ada news nak keluar one by one official cd?

    ReplyDelete
  3. Ada..kedai ada jual..sekali dengan berita gempa.
    Member tu tak kerja rekod company...tapi dia yang tukang lobi kat rekod company suruh reissue cd2 macam ni.
    BDB takat ni lum timbul cerita...tapi yang dah kompem one by one kembara dan sudirman...aku harap juga nanti ada BDB, Carefree, Flybaits dan Blues Gang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow..!! blues gang Bert..? meleleh air liur aku, bila kau sebut nama blues gang tuh.. mintak-mintak jadi kenyataan lah yer
      hihh hihh

      Delete
  4. TERBAKAR aku melihatnya hahaha... nak beli berita gempa dulu ya, harap2 tak sold out lagi. tgk gaji nanti cemana.

    ReplyDelete
  5. yes..aku plan nk beli berita gempa dahulu

    ReplyDelete
  6. Gua pon dah cukop korum...memang cover album berita gempa reissue lebih gempak dia punye kilat...

    ReplyDelete
  7. Aku berkira kira nak menghadiahkan set nie kepada pakcik aku kerana dia lebih berjiwa Ramli Sarip daripada aku.. BATU pula mengingatkan aku kepada arwah abah aku di mana semua pakcik2 aku akan bertumpu kat rumah aku sebab arwah abah aku je yang ada kerja dan salu beli stuff menarik masa tue.. pakcik2 aku budak lagi masa tue ehehehe..

    ReplyDelete