Thursday, November 10, 2016

Morbid Visions

Menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ini, 10hb November...


Sepultura - Morbid Visions (1986)

Morbid Visions membuktikan yang sememangnya tahun 1986 adalah antara tahun terbaik untuk metal. Memang banyak album yang berpengaruh lahir pada tahun tersebut. Pada saya Morbid Visions adalah lebih kepada death metal berbanding thrash yang mempopularkan mereka kemudiannya.

Ini bukanlah yang terbaik dari mereka. Tetapi dari sinilah mereka bermula. Ketika itu mereka hanyalah sekadar pemuda belasan tahun dari Brazil yang memberontak (rebellious) dengan bajet studio yang kecil. Skill permainan muzik tahap amatur. Kualiti sound yang kasar dan produksi yang kurang elok. Komposisi lagu yang penuh dengan pengaruh Celtic Frost, Venom dan Slayer. (Di dalam inlay cd remaster ini, ada tertulis yang Max mengakui yang Morbid Visions adalah ilham dari Morbid Tales - Celtic Frost). Tetapi inilah tapak yang mengenalkan mereka kepada dunia.


Sepultura pertama saya adalah Beneath The Remains (1989) kemudian baru kebelakang dengan Schizophrenia dan Morbid Visions. Maka sudah pastinya produksi bersih dan lagu lagu mantap dalam Beneath The Remains membuatkan saya agak kurang berminat dengan Morbid Visions terutamanya dalam soal sound dan produksinya. Saya pernah terbaca yang Max Cavalera sendiri kurang gemar dengan produksi Morbid Vision.

Namun begitu ada juga lagu yang bagus. Troops of Doom pada saya adalah antara karya terbaik mereka. Necromancer juga. Bukanlah yang terbaik tetapi mereka mejadi semakin bagus selepas dari ini...



8 comments:

  1. lead gitar diorang masa ni adalah Jairo T (utk satu album jer), pas tu masuk jer album schizophrenia dah bertukar kpd Andreas Kisser..
    pd pandangan aku, gaya gitar dari Kisser lebih bersesuaian dgn sepultura ni (baru betul thrash metal), jika dibandingkan dgn Jairo yg lebih terarah kpd muzik death/black metal.

    ReplyDelete
  2. aku dgr kat utube je album ni, belum berkesempatan memiliki fizikalnya hellyeahh

    ReplyDelete
  3. masih ingat lagi dalam ingatan cammana aku tahu pasal Sepultura dari kawan sekolah. Dia ada kaset2 nye.
    Siap dalam kelas tanya cikgu pasal makna Morbid Vision dan Schizophrenia.
    Dahysat

    ReplyDelete
  4. aku mula2 dgr album ni agak terkejut jgk dgn kualiti rakamannya memandangkan aku dgr album arise trlebih dahulu...hahahaa tp dr segi lagu mmg x dinafikan lagu2 dlm album ni mmg buas...klu album arise,beneath, schizo lebih digemari peminat death metal...peminat black metal pula lebih gemarkn dengan album morbid vision.

    ReplyDelete
  5. Kata max dlm buku dia masa album ni dibuat dia langsung taktau bahasa english

    ReplyDelete
  6. pernah dgr beberapa lgu mereka kt redio dlu..lain btul dri trash metal...tp boleh lyn jga

    ReplyDelete