Thursday, December 1, 2016

Save Your Prayers

Lagi yang menyambut ulang tahun ke 30 pada tahun ini...



Waysted - Save Your Prayers (1986)

Rasanya tak ramai yang tahu pasal album ini. Ianya bolehlah dikatakan sebagai hidden gems bagi kategori genre melodic hard rock di tahun 80an. Lagu-lagunya bagus tetapi tak pasti dimana silapnya mereka tidak mendapat sambutan.

Kalau ikut nama, mereka sememangnya band yang ada nama. Waysted adalah band Pete Way, pengasas UFO bersama gitarist Paul Chapman yang juga bekas anggota UFO. Mereka juga menjadi band pembukaan untuk Iron Maiden - Somewhere In Tour. Tetapi sememangnya nasib tidak menyebelahi mereka. Mereka berpecah tidak lama selepas dari itu. Pete Way kembali kepada UFO. Paul Chapman tenggelam selepas itu manakala vokalisnya, Danny Vaughn dengan Tyketto dan drummernya Johnny Dee bersama Britny Fox


Bagaimana saya mengenali mereka. Ceritanya pernah saya tulis kira-kira 7 tahun yang lalu. >SINI
Sebagai bekas konon-kononya pemain bass, saya cukup sukakan gambar cover album ini. Cdnya adalah antara yang terawal saya cari bila saya mengenali apa itu ebay. "Heaven Tonight" sehingga kini menjadi antara lagu melodic hard rock/AOR yang paling saya gemari.





5 comments:

  1. banyak band lama2 aku kenal dari blog ni.. tabik.. kejap lagi nak dgr lagu2nya kat youtube..

    ReplyDelete
  2. ni lama ni , aku tahu dari tengok Metal Hammer magazine2 lama dulu haha. Pete Way kaki botol, troublemaker ni kan? ni dia dah recover ye cancer perut or something.
    Kalau dia join balik UFO mesti gilang gemilang. Anyway, entah pada telinga aku la, UFO makin gerek makin gerek..
    Aku rasa dorang nak keluar new album entah lagu cover apa entah, maybe last album or what.. tapi dorang gerek dengan Vinnie Moore sekarang

    ReplyDelete
  3. Yg ni mmg aku pun taktau jugak pasal album ni.kira supergroup jugak la eh

    ReplyDelete
  4. Thanks pasal Journey tu aku tak tahu, aku tahu dari kau. Hahaha. Ok... kita tengok cammana..
    Aku ada rasis sikit la dengan Pinoy ni semua. Bila dah ramai, buat macam negara dorang. Hahahahaha

    ReplyDelete
  5. Aku kenal Tyketto dulu baru Waysted, tapi kenal nama je sbb ada kaitan dgn Danny Vaugn...nantilah ada masa nak layan album2 diorg...

    ReplyDelete