Thursday, February 23, 2017

Facing the Animal

Yang 20 tahun pada hari ini, 23 februari....


Yngwie J. Malmsteen - Facing the Animal (1997)

Suka atau benci. Malmsteen akan tetap menjadi Malmsteen. Ini album beliau yang ke 10. Kalau yang tak suka, akan tetap juga tak suka. Tetap juga akan mencari salah. Mungkin Malmsteen sendiri pun dah sedar tentang perkara itu. Maka tak perlulah beliau melakukan sebarang experimen. Tiada yang baru. Facing The Animal sememangnya khas untuk peminat setia beliau. (seperti saya)

Ada gabungan dari Odyssey, Eclipse dan Fire & Ice. Solo-solo yang berdesup. Tip top! Namun begitu Facing The Animal juga mementingkan lagu. Banyak melodi yang sedap. Tak kira yang laju, mid tempo ataupun balada. Paling best adalah "Braveheart". Ada riff "Over the Hills and Far Away" dari Gary Moore.


Ianya juga menjadi pembuka jalan untuk vokalisnya Mats Leven mencipta nama. Selepas Malmsteen, beliau pernah terlibat dengan At VanceTherion dan terkini bersama Candlemass. Vokal bagus. Ada juga yang membandingkan beliau dengan Jeff Scott Soto.

Satu lagi yang menarik tentang album ini adalah ianya merupakan antara hasil kerja terakhir drummer lagenda, Cozy Powell. Peminat ketukan drum beliau patut ada album ini.

Sound baik. Lagu sedap. Gitar berapi. Apa lagi yang anda mahu dari Malmsteen. \m/




7 comments:

  1. lost track aku dengan Yngwie J Malmsteen ni. Apa perkembangan dia sekarang langsung aku tak tahu.

    ReplyDelete
  2. Penah ada kaset dia.betul vokal mats leven dlm album ni bagus.kena dengan lagu.

    ReplyDelete
  3. banyak tahu pasal yngwie dalam blog ni.

    ReplyDelete
  4. Malmsteen yg aku pulun.wud be The seventh Sign (1994)..

    ReplyDelete
  5. malmsteen is the greatest guitarist for all time

    ReplyDelete
  6. bkn senang nk menyolo mcm malmsteen ni...setengah gitaris dia tipu masa rakaman...rakam dgn tempo perlahan pastu edit bg laju...tu terjadi dgn sebuah band thrash tempatan kita suatu ketika dulu yg tk ramai yg tahu...jeng jeng jeng...

    ReplyDelete
  7. https://kumparan.com/anissa-maulida/generation-axe-yngwie-hingga-steve-vai-siap-beraksi-di-jakarta dah tau ke belum korang ni hahahaa

    ReplyDelete