Monday, February 6, 2017

Hell or High Water

Cuba untuk menghidupkan semula tradisi menonton kesemua filem-filem yang tercalon untuk kategori filem terbaik di anugerah Oscar. Tahun lepas tak buat..


Hell or High Water (2016)

"A divorced father and his ex-con older brother resort to a desperate scheme in order to save their family's ranch in West Texas."

IMDB: 7.7/10 / Rotten Tomatoes: 98%

Filem pertama yang ditonton dari senarai. Mengisahkan Toby (Chris Pine) dan abangya seorang bekas banduan, Tanner Howard (Ben Foster), merancang untuk melakukan beberapa siri rompakan bank dalam usaha untuk menyelamatkan ladang keluarga mereka daripada ditutup. Rancangan mereka cuba dihalang oleh Texas Ranger yang hampir bersara, Marcus Hamilton (Jeff Bridges) dan rakan sekerjanya seorang red indian, Alberto (Gil Birmingham).

Ini filem koboi alaf baru. Jika anda menyukai filem ala "No Counry For Old Man" pastinya yang ini pun anda akan suka. Selain plot yang menarik (kenapa mereka merompak dari syarikat bank yang sama), Chris Pine dan Ben Foster walaupun tidak tercalon untuk sebarang anugerah memberikan kita lakonan yang menyakinkan. Lakonan mereka membuatkan kita rasa bersimpati dan mahukan mereka berjaya walaupun kita tahu yang mereka adalah penjenayah.

Tetapi kredit patut diberikan kepada  Jeff Bridges. Watak seorang Polis Renjer yang hampir besara tetapi mahukan kejayaan cemerlang terakhir dalam karier sememangnya sangat sesuai dengan beliau. Tak hairanlah kenapa beliau tercalon untuk kategori pelakon pembantu lelaki terbaik. Harapnya beliau menang.

Tempo yang sesuai. Tidak terlalu perlahan. Karakter menarik. Filem yang sangat bagus. Antara kegemaran saya untuk tahun 2016. Tetapi rasanya agak sukar untuk juga untuk menang. Kira "underdog" la.



5 comments:

  1. thanks for synopsis. Baca cam gerek je.
    tapi aku tak rasa aku boleh tengok. So to wikipedia we go. haha.

    ReplyDelete
  2. Haritu aku ingat b grade punya movie.ko dah review ni bole la tgk nanti..heheh

    ReplyDelete
  3. Dah tengok. Memang the best! Rugi abang Deaf kita sekadar baca kat wikipedia saja. Ini filem drama/crime 2016 yang wajib tonton. Asalnya tengok sebab ada Jeff Bridges. Tak sangka pelakon lain pun menonjol.

    ReplyDelete
  4. lepas baca ni rasa nak tgk terus

    ReplyDelete