Wednesday, February 22, 2017

La La Land

Yang ke 4 dari 9 senarai filem terbaik Oscar...Rasanya macam tak sempat dah nak habiskan kesemua 9 filem sebelum hari Academy Awards pada 27hb Feb ni...


La La Land (2016)

IMDB: 8.5/10 / Rotten Tomatoes: 93%

"A jazz pianist falls for an aspiring actress in Los Angeles."

Tak minat sangat filem muzikal. Memori pertama tentang filem muzikal di zaman kanak kanak adalah filem-filem John Travolta dan Olivia Newton-John. Footloose pula adalah kenangan di zaman meningkat remaja. Selain dari itu memang tak berminat untuk menonton. Tak kisahlah walau sepopular mana pun filem tersebut.

Sebagai seorang mat metal memang terasa pelik sedikit bila menonton filem sebegini...Tetapi kerana Emma Stone terus gagah juga untuk menonton...haha... Tetapi yang pastinya gerak tari (koreografi) tariannya sememang memukau. Paling suka adegan awal tarian di ketika jem di highway tu. Memang terbaik. Hehe...

Kalau tengok watak Ryan Gosling dalam Drive, yang kayu dan bosan tu tak sangka pula beliau pandai menari. Tak hairanlah beliau tercalon dan menjadi antara pilihan utama untuk menang anugerah pelakon terbaik. Tambah-tambah selepas beliau menang anugerah di Golden Globe Awards.

Pada saya jalan ceritanya agak straight forward. Kisah antara cinta dan mengejar cita-cita. Biasa biasa sahaja. Mungkin yang menjadi menarik kerana ianya filem muzikal. Tarian dan lagu-lagunya menjadi perencah utama. Antara favourite untuk menang filem terbaik.




10 comments:

  1. ooo musical ye? seronok jugak tau tengok muzikal..
    background music gitu sambil buat benda lain sekali2 je jeling mata kat tv. haha

    ReplyDelete
  2. aku tgk setengah trus tido. bukan lidsay lohan ke tu perempuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emma Stone bro...Lindsay Lohan tua sikit...haha...

      Delete
    2. mulanya aku ingat lidsay lohan sbb muka ada iras2 haha..

      Delete
  3. Lebih kurang mcm step up ke cite dia?

    ReplyDelete
  4. Mungkin saya nak tambah musical favorite saya.. AUGUST RUSH da penah tengok? Tapi hindustan sikitla kakaka..(berpisah tapi jumpa blk..) or ONce.. (indie dan busker)

    ReplyDelete
  5. kalau saya lebih berminat pada filem Flashdance dan Footloose... tiada galang gantinya 2 fiem ini..

    ReplyDelete