Saturday, February 11, 2017

Schizophonic


Yang dah 20 tahun hari ini, 11hb Februari....(Saudara Myownmind pemilik blog "Love can sometimes be like magic. But magic can sometimes...just be an illusion"  tentu suka ni)


Nuno Bettencourt - Schizophonic (1997)

Saya suka Nuno. Dia handsome. Rambut pun lawa. Haha..

"Seriously speaking"... Dia memang gitar hero saya. Walaupun ramai yang menganggap beliau hanya sekadar klon Eddie Van Halen. tetapi dia klon yang sangat bagus.

Sebenarnya tak pasti apakah album ini keluaran tahun 1997. Ikut di kaset di catatkan sebagai 1996. Tetapi carian di internet semuanya mengatakan ianya keluaran 1997. Mungkin juga ianya siap dan dicetak pada tahun 1996 tetapi hanya diedarkan pada 11hb Februari, 1997.

Tak kisahlah semua itu. Yang penting isi kandungnya. Ini album solo pertama beliau. Tetapi jika anda mengharapkan ianya seperti Extreme, mungkin anda akan kecewa. Extreme sendiri telah berubah pada album Waiting for the Punchline (1995)Schizophonic mirip ke arah itu tetapi dengan lebih perencah modern rocknya.


Dan jika anda berharapkan ianya sebuah album gitar hero, pastinya juga anda akan kecewa. Mungkin tiada apa lagi yang perlu beliau buktikan. Schizophonic lebih menumpukan kepada kebolehan beliau dalam penciptaan lagu dan keupayaan beliau menyanyi. Sebelum ini pun beliau pernah berduet dengan Gary Cherone dalam beberapa buah lagu Extreme ("More Than Words", contohnya). Sedap juga vokal beliau. Malah hampir keseluruhan album ini alatan muziknya dimainkan oleh beliau kecuali 2 lagu yang drumnya dimainkan oleh Mike Mangini.

Saya mulanya agak kecewa. Tetapi sekarang suka. Walaupun bukan album shredder, tetapi masih ada kerja gitar dan solo-solo beliau yang hebat. Tetapi yang menariknya adalah melodi lagu-lagunya. Memang sedap. Semakin lama dengar semakin sedap. Ntah mengapa dalam banyak2 lagu, "Crave" cukup melekat. Melodinya memang sentiasa terngiang-ngiang di kepala.

Sangat rekomended untuk mereka yang gemarkan irama modern rock 90an. Sayangnya tak ramai yang tahu. Memang "hidden gem".

Terbaik!!





10 comments:

  1. Penah tau pasal album ni tapi tak penah dengar lagu2 nya

    ReplyDelete
  2. aku pulak langsung tak pernah nak ambil tahu pun pasal beliau nihh.. hahahah.. gitulah al-kisahnya

    ReplyDelete
  3. Nuno nak sangat jd grunge heroes... sbb tu org mengabaikan dia sejak album nie..

    Karmalla... Gotta Have You.. adalah kegarangan guitar dah sadur grunge dan punk 90an..

    Pursuit Of Happiness dan You kena panggil Gary Cherone dr EXTREME untuk feel.. dan lyrics bersama..

    lain2 sume panggil Anthony J Resta untuk meng"alternativekan" album nie dengan beat2 dan sound2..

    dia tak boleh jadi James Iha dari Smashing Pumpkins dan Lenny Kravitz tapi Nuno ttp marvelous dan akan sentiasa underrated..

    ReplyDelete
  4. thanks jugak sbb specia mention dan link charoi guwe eheheh

    ReplyDelete
  5. Extreme macam ada 2 frontman. Nuno banyak cakap atas pentas.

    ReplyDelete
  6. Kena layan HURTSMILE gak brooo... Gary menyampah tunggu Nuno asek iring Rihanna round the globe.. last2 dia ajak adik dia pulunkan lagu2 dia..

    ReplyDelete
  7. Tu dia die hard dah komen..tq rekomen HURTSMILE...sedap juga walaupun susah la lawan Nuno...tapi boleh tahan bagus juga adik dia tu...

    ReplyDelete
  8. Kalau Extreme berkosnep mcm Hurtsmile.. aku gase diorang dah tinggallan Aerosmith kot.. tp tu aa Extreme pun dah xde label yg sudi.. hanya Rihanna menawarkan tangannya menaikkan balik Nuno..

    ReplyDelete
  9. aku ingat tadi wajah madona haha

    ReplyDelete