Thursday, August 31, 2017

Permanent Vacation

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 31hb Ogos...


Aerosmith - Permanent Vacation (1987)

Album ni mengimbau kenangan ketika di ITM Segamat sekitar tahun1990. Seorang rakan (sekarang seorang pensyarah di Unikl) yang mengenalkannya. Beliau peminat tegar Aerosmith. Album ini dan album Pump (1989) adalah antara yang beliau putarkan hari-hari.

Dari sekadar tahu lagu mereka yang sedang popular di radio dan MTV pada ketika itu ("Love in an elavator" dan "Janie's Got A Gun") jadi tahu pula akan lagu-lagu dari Permanent Vacation seperti  "Rag Dog", "Dude (Looks Like A Lady") dan "Angel".


Seperti biasa, bila sesuatu lagu itu anda dengar berulang-ulang kali walaupun asalnya kurang berminat, lama-lama akan jadi minat juga. Tambahan pula bila lagu-lagunya mempunyai melodi yang sedap dah mudah menangkap. Contohnya lagu "Simoriah". Bukanlah lagu popular mereka. Tapi sedap pula bila didengar berulang kali.

 Saya tidak biasa dengan era 70an mereka, tetapi jika anda tanya era penghujung 80an dan awal 90an untuk rujukan, sudah pasti cadangan saya adalah Permanent Vacation, Pump dan Get A Grip. Ini 3 album memang sedap.

Dan iyer...saya menyampah dengan "I Dont Want To Miss A Thing". Pada yang suka...Maaf!






Wednesday, August 30, 2017

Underated 80's metal

Antara yang terkini dalam simpanan...dulu hanya sekadar melihatnya di majalah..


Icon - Icon (1984) / TKO - In Your Face (1984) / Lizzy Borden - Terror Rising/Give 'Em the Axe (1987/1984) / Autograph - Sign In Please (1984)


*tiada siapa boleh menafikan yang era terbaik untuk heavy metal adalah di tahun 80an...banyak sangat yang best...banyak sangat yang underated....kalaulah ada mesin merentas masa....





Saturday, August 26, 2017

Somewhere Out In Space

Yang dah 20 tahun semalam, 25hb Ogos 1997


Gamma Ray - Somewhere Out In Space (1997)

Kai Hansen jarang mengecewakan. Satu-satunya yang mengecewakan hanyalah ketika dia keluar dari Helloween. "Blessing in disguise" nya lahir pula Gamma Ray.

Sepanjang tahun-tahun 90an, saya sememangnya meletakkan  Gamma Ray lebih tinggi dari Helloween. Hanya selepas album "The Dark Ride" baru saya rasakan mereka sama tinggi. Maka sudah pasti akan ada "bias" bila bercerita perihal Kai Hansen dan Gamma Ray.

Ini adalah kali kedua Kai Hansen bertindak sebagai vokalis. Mungkin beliau bukanlah vokalis terbaik  dalam genre power metal, tetapi ianya sudah cukup terbaik untuk Gamma Ray. Sememangnya tidak mengecewakan. Dengan masuknya Henjo Richter and Dan Zimmerman maka lengkaplah line-up terbaik mereka untuk beberapa album mendatang.


Ini Master Kai Hansen lah.... Dia tahu apa yang terbaik untuk genre power metal. Makanya tak perlulah saya cakap banyak. Jika anda sukakan genre power metal yang catchy, rif yang melodic, solo membunuh dan lagu-lagu sedap. Anda patut cuba yang ini.

Antara yang jadi lagu pilihan peribadi adalah Beyond the Black Hole, Somewhere Out in Space dan Valley of the Kings.

Terbaik!



Thursday, August 24, 2017

Rolling Stone’s 50 Greatest Metal Albums of All Time

Suka-suka ketika tiada idea untuk berblog....sebenarnya banyak yang saya tak setuju dengan senarai majalah Rolling Stone ni. Yang no 1 tu pun tak setuju...tapi saja untuk suka-suka kan....

Kalau ikut senarai yang sebenar ada 100. Tapi 100 banyak sangat. Kita tengok yang Top 50 pun jadi la. Itu pun banyak yang saya tak ada...


50. Slipknot, ‘Iowa’ (2001)
49. Neurosis, ‘Through Silver in Blood’ (1996)
48. Rainbow, ‘Rising’ (1976)
47. Slayer, ‘South of Heaven’ (1988)
46. Mastodon, ‘Leviathan’ (2004)
45. Exodus, ‘Bonded by Blood’ (1985)
44. Mötley Crüe, ‘Shout at the Devil’ (1983)
43. Judas Priest, ‘Stained Class’ (1978)
42. Diamond Head, ‘Lightning to the Nations’ (1980)
41. Kyuss, ‘Blues for the Red Sun’ (1992)

 40. Mayhem, ‘De Mysteriis Dom Sathanas’ (1994)
39. Pantera, ‘Far Beyond Driven’ (1994)
38. Iron Maiden, ‘Powerslave’ (1984)
37. Black Sabbath, ‘Heaven and Hell’ (1980)
36. Van Halen, ‘Women and Children First’ (1980)
35. Metallica, ‘Kill ‘Em All’ (1983)
34. Black Sabbath, ‘Master of Reality’ (1971)
33. Megadeth, ‘Countdown to Extinction’ (1992)
32. Black Sabbath, ‘Sabotage’ (1975)
31. Slayer, ‘Seasons in the Abyss’ (1990)

 30. Korn, ‘Korn’ (1994)
29. Sepultura, ‘Chaos A.D.’ (1993)
28. Celtic Frost, ‘Morbid Tales’ (1984)
27. System of a Down, ‘Toxicity’ (2001)
26. Alice in Chains, ‘Dirt’ (1992)
25. Metallica, ‘Metallica’ (1991)
24. Rage Against the Machine, ‘Rage Against the Machine’ (1992)
23. Danzig, ‘Danzig’ (1988)
22. Mötley Crüe, ‘Too Fast for Love’ (1981)
21. Metallica, ‘…And Justice for All’ (1988)

 20. Anthrax, ‘Among the Living’ (1987)
19. Megadeth, ‘Rust in Peace’ (1990)
18. Tool, ‘Ænima’ (1996)
17. Mercyful Fate, ‘Melissa’ (1983)
16. Dio, ‘Holy Diver’ (1983)
15. Ozzy Osbourne, ‘Diary of a Madman’ (1981)
14. Black Sabbath, ‘Vol. 4' (1972)
13. Iron Maiden, ‘Iron Maiden’ (1980)
12. Judas Priest, ‘Screaming for Vengeance’ (1982)
11. Metallica, ‘Ride the Lightning’ (1984)

10. Pantera, ‘Vulgar Display of Power’ (1992)
9. Ozzy Osbourne, ‘Blizzard of Ozz’ (1980)
8. Megadeth, ‘Peace Sells … but Who’s Buying?’ (1986)
7. Motörhead, ‘No Remorse’ (1984)
6. Slayer, ‘Reign in Blood’ (1986)
5. Black Sabbath, ‘Black Sabbath’ (1970)
4. Iron Maiden, ‘The Number of the Beast’ (1982)
3. Judas Priest, ‘British Steel’ (1980)
2. Metallica, ‘Master of Puppets’ (1986)
1. Black Sabbath, ‘Paranoid’ (1970)



* Tulisan bold tu bermakna saya tidak ada cd/kaset atau lp nya. Yang bold dan italic pula bermakna tak ada cd/kaset/lp dan langsung tak pernah dengar dan berkemungkinan juga tak berminat pun untuk dengar apatah lagi membeli.

** Baru perasan banyak juga koleksi Black Sabbath tiada dalam simpanan. Untuk itu dah "klik" pun tadi button buy it now ebay untuk cd Black Sabbath, ‘Black Sabbath’ (1970) 😊

*** Sepultura - Choas AD tu ada cdnya tapi saja nak nak bagi teman Alice In Chains - Dirt yang cuma ada kaset.

**** Kerana list ini juga, cd Motörhead, ‘No Remorse’ (1984) dan Celtic Frost, ‘Morbid Tales’ (1984) sedang dalam perjalanan menuju Malaysia 😀

***** Dalam 16 yang tak ada dalam simpanan tu, Mercyful Fate, ‘Melissa’ (1983) adalah yang paling di cari-cari tapi sampai sekarang tak berjumpa dengan harga mampu milik


Terimakasih.




Monday, August 21, 2017

Tell No Tales

Yang 30 tahun...


TNT - Tell No Tales (1987)

Norway lebih dikenali dengan band-band black metal atau mungkin juga A-Ha dan Ole Gunnar Solskjær. Ok yang last tu peminat bola jer kot yang tahu. Tapi TNT ni mungkin ramai yang langsung tak tahu. Bercerita perihal TNT sudah semestinya 2 nama ini yang paling penting. Ronni Le Tekrø dan Tony Harnell.

Mendengar kerja gitar terutamanya solo-solo dalam album ini memang terasa nak ber"air guitar". Memang hebat. Ronni Le Tekrø memang berbakat. Sayangnya nama beliau agak kurang dikenali. Nak kata kerana berasal dari Norway, John Norum (Europe) pun terkenal juga. Bezanya mungkin John Norum dan Europe ada lagu hits yang terkenal satu dunia dan TNT tidak. Walaupun "10,000 Lovers (In One)" agak popular juga di MTV tetapi tidak cukup besar seperti "Carrie" apatah lagi "The Final Countdown".


Selain itu, keistimewaan TNT terletak pada vokalisnya, Tony Harnell. Beliau memang tak ada masalah untuk note - note yang tinggi. Sebenarnya Tell No Tales mempunyai formula sempurna utuk menjadi sebuah album glam/hair metal yang baik. Virtuoso guitar dengan vokal yang bagus. Lagu-lagunya pun melodic. Memang sedap. Sayangnya mungkin kerana kurang promosi menyebabkan ianya agak kurang dikenali.

Sejujurnya saya memang menyukai album ini. Sesuai untuk yang minat hard rock 80an.




Friday, August 18, 2017

Mentari Merah Di Ufuk Timur



Search - Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987)

Lagi kenangan zaman remaja. Ketika itu memang tak sabar nak tunggu album ni keluar. Selepas album Langit dan Bumi, Search memang dah jadi nama besar (sekurang-kurangnya untuk budak-budak rock la..yang minat pop macam Jamal Andillah rasanya hanya kenal Search selepas album ini atau mungkin selepas Isabella)

Bila dapat tahu album ni keluar, malam tu juga cari di pasar malam *. Tak sangka pula ada jual. Hebat betul industri cetak rompak pada zaman tersebut. Boleh keluar saing dengan yang asli. Memang pelik kan? Masa tu rasa bangga pula jadi orang pertama beli dan dengar album ini di kalangan rakan-rakan di sekolah. Kerek abis...hahaha...



Itulah antara kenangannya. Diam tak diam dah 30 dah. Walaupun minat saya pada Search taklah seperti dulu, tapi mereka akan sentiasa ada "soft spot" di dalam hati. Banyak lagu sedap. Tetapi ketika berdarah muda sudah semestinya lagu-lagu rancak seperti Pelesit Kota, Pembakar Perasaan dan Serigala Segalanya yang jadi pilihan.

Menarik juga kalau album ini dapat di remaster semula untuk special edition sempena ulangtahun ke 30. Sayangnya budaya sebegini tidak berlaku di Malaysia. Kalau ada pun hanya sekadar menangguk di air keruh ataupun sekadar melepaskan batuk di tangga....



*maaf...saya tidak menyokong cetak rompak...tetapi di akui yang saya juga pernah terjebak...zaman budak sekolah yang hanya 50 sen duit belanja sekolahnya tetapi walaupun apa alasannya... ianya tetap perbuatan yang salah....



Wednesday, August 16, 2017

Set Kotak Iron Maiden 1990-2015



Akhirnya....Terimakasih Deaf atas "charity" ini...nak harap beli sendiri tak tau la bilanya yang termampu...kotak yang 1980-1988 pun ntah bilanya nak penuh...


Tambah best dapat sekali Fear Of The Dark...masih berbungkus pulak tu...tak tau nak kata apalagi dah....semoga murah rezeki....


**ntah tahun bila lah agaknya kotak2 ni nak penuh....





Sunday, August 13, 2017

Love Is for Suckers

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 13hb Ogos


Twisted Sister - Love Is for Suckers (1987)

Ketika kali pertama berpeluang mendengar album ini, (sekitar tahun 1988) saya telah mula mendengar band-band yang lebih ekstrim. Maka agak sukar nak masuk. Muzik mereka bukan lagi seperti album-album Twisted Sister yang sebelumnya. Mereka telah menjadi terlalu pop.

Tak pernah beli versi kaset. Tak minat. Maklumlah darah muda pada ketika lebih tertarik dengan Metallica, Megadeth dan band-band thrash yang lainnya. Dengar sambil lalu dan tidak ambil tahu. Tak ingat langsung lagu-lagu di dalamnya. Malah Twisted Sister sendiri pun tak letak lagu-lagu dari album ini untuk kompilasi Best Of mereka.


Sekarang baru tahu kenapa muziknya berbeza. Love Is for Suckers asalnya adalah album solo Dee Snider. Tekanan dari syarikat rakaman yang menyebabkan ianya dikeluarkan atas nama Twisted Sister. Tak pasti adakah muziknya dimainkan sendiri oleh anggota Twisted Sister walaupun di"inlay"nya ada dinyatakan sebegitu. Ada desas desus yang mengatakan Reb Beach (Winger) dan Ronni le Tekro (TNT) yang bermain gitar. Kalau di amati betul-betul memang macam bukan sound Eddie Ojeda dan Jay Jay French. Mungkin juga ianya betul.

Membeli versi cd asalnya adalah untuk melengkapkan discography. Tetapi seiring dengan peningkatan usia, bila mendengarya sekarang, rasa ok la juga. Tetapi banyak juga filler. Yang jadi title track, Love Is for Suckers, Wake Up (The Sleeping Giant), Hot Love dan You Are All That I Need memang boleh tahan. Yang lain tu agak kurang.

Tapi kalau dah "die hard"...atau suka hard rock/pop metal...boleh lah cuba layan.....









Thursday, August 10, 2017

World Gone Mad



Suicidal Tendencies - World Gone Mad (2016)

Lama tak mengikuti perkembangan mereka. Kali terakhir ketika album Suicidal for Life (1994). Zaman Rocky George, Robert Trujillo (Metallica) dan Jimmy DeGrasso (ex-Megadeth) masih bersama mereka. Suicidal Tendencies pada saya hanya sekadar band untuk bernostagia di zaman remaja.

Tetapi bila dapat tahu yang Dave Lombardo (ex-Slayer) akan bermain drum untuk mereka. Sudah tentunya saya teruja.  Memang kena beli. Siapa sangka Mike Muir dan Dave Lombardo akan bermain bersama-sama. Kedua-duanya adalah antara hero thrash zaman remaja saya.



Yang menjadi plus pointnya bila lagu lagunya mengimbau kembali kenangan di era "How Will I laugh Tomorrow When I Cant Even Smile Today (1988) dan "Lights...Camera...Revolution! (1990). Memang rasa menarik bila mereka lebih ke metal berbanding punk/funk di album-album terakhir mereka.

Yang menjadi pilihan adalah lagu 'Get Your Fight On'. Solo gitar gitarist baru mereka seakan akan Rocky George.

Album ini membuktikan orang lama seperti Mike Muir dan Dave Lombardo sememangnya otai masih berbisa. Cumanya kalaulah Rocky George dan Robert Trujilo kembali...barulah lengkap nostalgia remaja saya....







Monday, August 7, 2017

Breaking the Silence

Yang dah 30 tahun...


Heathen - Breaking the Silence (1987)

"Some guys have all the luck". Bukan lagu Rod Stewart. Tapi tajuk tersebut adalah apa yang berlaku kepada Heathen. Tak semua bernasib baik walaupun sudah melakukan yang terbaik. “Luck” sememangnya bukan untuk mereka. Seperti Lääz Rockit, Heathen juga adalah unsung hero dari Bay Area.

Mereka seangkatan dengan Testament dan Death Angel. Sama-sama menghasilkan “debut” album pada tahun 1987. Sayangnya tidak seperti “The Legacy” dan “The Ultra-Violence”,  “Breaking the Silence” agak kurang dikenali ramai. Padahal lagu mereka setanding malah ada yang lebih baik. Saya secara peribadinya meletakkan "Breaking The Silence" lebih tinggi dari 2 album tersebut.



Kegagalan mereka mengekalkan ahli dan kelewatan mengeluarkan album ke 2 juga menjadi salah punca mengapa mereka tidak mencapai status yang sepatutnya. Lagu mereka sedap. Sound bersih. Melodic thrash dengan vokal ala NWOBHM. Walaupun tak seganas band lainnya tetapi ianya memadai untuk kita terhanguk-hanguk kepala mendengarnya.

3 track pertama, Death By Hanging, Goblins Blade dan Open the Grave memang terbaik. Cover dari kumpulan Sweet - Set Me Free adalah lagu yang masuk MTV. Rasanya kalaulah mereka dapat menghasilkan album ke 2 ketika genre thrash sedang di kemuncak, pastinya nama mereka sebaris dengan lagenda Bay Area yang lainnya.


* pernah terbaca yang gitaris mereka, Lee Altus (sekarang dengan Exodus) adalah antara calon yang dipilh oleh Abang Mus untuk Megadeth sebelum posisi tersebut akhirnya diisi oleh Marty Friedman.





Friday, August 4, 2017

Metalasia



Untuk siapa-siapa yang pergi ke KL Metalcamp 2017 esok....selamat berhibur!..


#entririakmetalasiacdkasetwi






Thursday, August 3, 2017

Hysteria

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 3hb Ogos...


Def Leppard - Hysteria (1987)

30 tahun dah. Lagi album yang banyak kenangan silam. Dulu masa kali pertama dengar memang rasa berbeza. Bagi sesiapa yang bermula dari sini memang tak akan sangka yang mereka adalah seangkatan dengan Iron Maiden dalam memulakan pergerakan NWOBHM. Hysteria memang tak ada sound NWOBHM. Malah ianya langsung bukan heavy metal.

Def Leppard memang banyak pengaruhnya kepada budak-budak rock zaman 80an. "Foolin" tu kira lagu wajib. Bila Hysteria keluar memang rasa pelik. Sangat Pop. Tapi dalam masa yang sama memang sedap. Tiada lagi pengaruh ACDC. Mereka dah jumpa sound dan trademark yang tersendiri. Mungkin juga kerana keadaan fizikal Rick Allen. Mereka kini lebih santai, melodic dan yang penting lagu-lagunya memang mudah melekat dalam kepala.


Hysteria membawa mereka ke puncak. 25 juta unit terjual. 7 hits single. "Women" (no 80 carta Billboards), "Rocket" ( no 12 carta Billboards), "Animal" (no 19), "Pour Some Sugar on Me" (no 2), "Armageddon It" (no 3), "Hysteria" (no 10) dan yang paling berjaya "Love Bites" (no 1 dalam carta Billboards). Rekod yang sukar nak diulangi oleh mana-mana band termasuk mereka sendiri.

Malah lagu-lagu yang tak jadi single macam "Don't Shoot Shotgun", "Run Riot" dan "Gods of War" pun sedap. Ini memang betul-betul album yang "All killer no filler".


Ianya juga penampilan terakhir Steve Clark. Aura Def Leppard memang tak sama selepas ketiadaan beliau. Ingat lagi dulu-dulu agak sukar juga nak bezakan solo Steve Clark dan Phil Collen. Tapi dengan adanya Encik Google, segalanya di hujung jari...

WomenPhil – Steve does a solo during the final chorus, then Phil again for the ride out
RocketPhil and Steve
AnimalPhil
Love Bites Steve
Pour Some Sugar On MeSteve and Phil, Steve does ride out
Armageddon ItSteve main solo, Phil ride out
Gods Of WarSteve
Don’t Shoot ShotgunSteve
Run RiotPhil
HysteriaSteve and Phil, Steve does ride out
ExcitableSteve and Phil
Love And Affection Phil main, Steve does ride out


Apa-apa pun album ni memang terbaik. Tak mampu pulak nak beli edisi Hysteria [5 CD/2 DVD] - 30th Anniversary tu. Ada cd yang asal ni pun jadi la....

Rekomended!