Friday, August 18, 2017

Mentari Merah Di Ufuk Timur



Search - Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987)

Lagi kenangan zaman remaja. Ketika itu memang tak sabar nak tunggu album ni keluar. Selepas album Langit dan Bumi, Search memang dah jadi nama besar (sekurang-kurangnya untuk budak-budak rock la..yang minat pop macam Jamal Andillah rasanya hanya kenal Search selepas album ini atau mungkin selepas Isabella)

Bila dapat tahu album ni keluar, malam tu juga cari di pasar malam *. Tak sangka pula ada jual. Hebat betul industri cetak rompak pada zaman tersebut. Boleh keluar saing dengan yang asli. Memang pelik kan? Masa tu rasa bangga pula jadi orang pertama beli dan dengar album ini di kalangan rakan-rakan di sekolah. Kerek abis...hahaha...



Itulah antara kenangannya. Diam tak diam dah 30 dah. Walaupun minat saya pada Search taklah seperti dulu, tapi mereka akan sentiasa ada "soft spot" di dalam hati. Banyak lagu sedap. Tetapi ketika berdarah muda sudah semestinya lagu-lagu rancak seperti Pelesit Kota, Pembakar Perasaan dan Serigala Segalanya yang jadi pilihan.

Menarik juga kalau album ini dapat di remaster semula untuk special edition sempena ulangtahun ke 30. Sayangnya budaya sebegini tidak berlaku di Malaysia. Kalau ada pun hanya sekadar menangguk di air keruh ataupun sekadar melepaskan batuk di tangga....



*maaf...saya tidak menyokong cetak rompak...tetapi di akui yang saya juga pernah terjebak...zaman budak sekolah yang hanya 50 sen duit belanja sekolahnya tetapi walaupun apa alasannya... ianya tetap perbuatan yang salah....



7 comments:

  1. aku rasa d'arsil mesti pernah dengar frasa "mata merah ditumbuk timoer" kan? kah kah kah...

    ReplyDelete
  2. Masa ni tingkatan 4. Member baik cakap, habis je waktu sekolah terus kita gi Pertama Kompleks, nak beli album baru Search. Kat kedai kaset tu siap cakap kat amoi tu, first song kasi habis ya. Baru je separuh lagu, amoi tu cakap ok ya..cukup ya...muka kelat je...lagu Pelesit Kota tu....kenangan 30 tahun lalu 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan test kaset kat kedai memang tak akan kita jumpa lagi...ni semua kenangan untuk golongon orang tua...hahaha...

      Delete
  3. Versi RM10.90, Siap ada inlay camana nak jaga CD

    ReplyDelete
  4. Ni boul jugak yg lukis cover depan tu kan?misteri betul boul ni.aku gugel pun takda info

    ReplyDelete
  5. Bunga Pesona.
    Lagu fast paling aku suka dlm album ni

    ReplyDelete