Sunday, August 13, 2017

Love Is for Suckers

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 13hb Ogos


Twisted Sister - Love Is for Suckers (1987)

Ketika kali pertama berpeluang mendengar album ini, (sekitar tahun 1988) saya telah mula mendengar band-band yang lebih ekstrim. Maka agak sukar nak masuk. Muzik mereka bukan lagi seperti album-album Twisted Sister yang sebelumnya. Mereka telah menjadi terlalu pop.

Tak pernah beli versi kaset. Tak minat. Maklumlah darah muda pada ketika lebih tertarik dengan Metallica, Megadeth dan band-band thrash yang lainnya. Dengar sambil lalu dan tidak ambil tahu. Tak ingat langsung lagu-lagu di dalamnya. Malah Twisted Sister sendiri pun tak letak lagu-lagu dari album ini untuk kompilasi Best Of mereka.


Sekarang baru tahu kenapa muziknya berbeza. Love Is for Suckers asalnya adalah album solo Dee Snider. Tekanan dari syarikat rakaman yang menyebabkan ianya dikeluarkan atas nama Twisted Sister. Tak pasti adakah muziknya dimainkan sendiri oleh anggota Twisted Sister walaupun di"inlay"nya ada dinyatakan sebegitu. Ada desas desus yang mengatakan Reb Beach (Winger) dan Ronni le Tekro (TNT) yang bermain gitar. Kalau di amati betul-betul memang macam bukan sound Eddie Ojeda dan Jay Jay French. Mungkin juga ianya betul.

Membeli versi cd asalnya adalah untuk melengkapkan discography. Tetapi seiring dengan peningkatan usia, bila mendengarya sekarang, rasa ok la juga. Tetapi banyak juga filler. Yang jadi title track, Love Is for Suckers, Wake Up (The Sleeping Giant), Hot Love dan You Are All That I Need memang boleh tahan. Yang lain tu agak kurang.

Tapi kalau dah "die hard"...atau suka hard rock/pop metal...boleh lah cuba layan.....









5 comments:

  1. Oo..ni kira album solo dee snider la ya.tapi guna nama TS.patut la dia tak penah mention pasal album ni

    ReplyDelete
  2. Memang takde kenangan sangat dgn album ni dll, album first layan tak pasti Hungry atau Come Out Play, tupun dengar kaset kawan awal 90 an dulu,, juga lagi mengenali lagu yg FTG cover tu dr yg asal....

    ReplyDelete