Thursday, August 31, 2017

Permanent Vacation

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 31hb Ogos...


Aerosmith - Permanent Vacation (1987)

Album ni mengimbau kenangan ketika di ITM Segamat sekitar tahun1990. Seorang rakan (sekarang seorang pensyarah di Unikl) yang mengenalkannya. Beliau peminat tegar Aerosmith. Album ini dan album Pump (1989) adalah antara yang beliau putarkan hari-hari.

Dari sekadar tahu lagu mereka yang sedang popular di radio dan MTV pada ketika itu ("Love in an elavator" dan "Janie's Got A Gun") jadi tahu pula akan lagu-lagu dari Permanent Vacation seperti  "Rag Dog", "Dude (Looks Like A Lady") dan "Angel".


Seperti biasa, bila sesuatu lagu itu anda dengar berulang-ulang kali walaupun asalnya kurang berminat, lama-lama akan jadi minat juga. Tambahan pula bila lagu-lagunya mempunyai melodi yang sedap dah mudah menangkap. Contohnya lagu "Simoriah". Bukanlah lagu popular mereka. Tapi sedap pula bila didengar berulang kali.

 Saya tidak biasa dengan era 70an mereka, tetapi jika anda tanya era penghujung 80an dan awal 90an untuk rujukan, sudah pasti cadangan saya adalah Permanent Vacation, Pump dan Get A Grip. Ini 3 album memang sedap.

Dan iyer...saya menyampah dengan "I Dont Want To Miss A Thing". Pada yang suka...Maaf!






6 comments:

  1. Dulu kaset aku logo dan nama album warna kuning tu melekat kat casing kaset, maknanya cover kertas tu takde logo dan nama album, cuma katun2 je.
    Ni album gerek, Magic Touch, Hangman Jury, Angel.. see aku boleh ingat ni album pasal gerek sangat..
    Lagu Beatles pun ada kan...
    Dahsyat....
    I dont want to miss a thing, aku tak boleh lupa lagu ni, Aerosmith main lagu ni kat Hellfest. Macam.. wow!! hahaha.

    ReplyDelete
  2. Ni aku gelar one of the Trilogy Geffen Era, selain Get A Grip dan PUMP.

    (Minus album Done with Mirror)

    Diorang ni trendsetter untuk 90s rock. Walhal diorang dah exist dari zaman late 70s lagi

    Lirik dari lagu Amazing : One lost shot Permanent Vacation

    Diambil dr tajuk album ni

    ReplyDelete
  3. Aerosmith ni aku kenal album pump dulu pastu baru tau pasal album ni.lagu2 dia mmg aku setuju.best sangat2.

    ReplyDelete
  4. boleh tau ke sebab apa tuan blog menyampah dgn lagu ni "I Dont Want To Miss A Thing" ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah...nak kata aku tak suka lagu-lagu meleweh Diane Warren...tak jugak...When i see you smile masih rasa ok...tapi mungkin pasal aku rasa banyak lagi lagu slow Aerosmith yang sedap dan dorang cipta sendiri tapi ramai tak tau...tapi lagu ni pulak yang macam dah jadi logo rasmi Aerosmith...macam overated dan terlampau lampau pulak...mungkin ianya sama macam kes Deaf menyampah dengan lagu Isabella....

      tapi lain orang lain selera...kita tak boleh paksa orang suka apa yang kita suka....harap ianya dapat menjawap soalan...

      Delete
    2. Tu adalah kerana ARMAGEDDON tu sodehhh dan success kot ekekkee..

      Delete