Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 3hb Ogos...
Def Leppard - Hysteria (1987)
30 tahun dah. Lagi album yang banyak kenangan silam. Dulu masa kali pertama dengar memang rasa berbeza. Bagi sesiapa yang bermula dari sini memang tak akan sangka yang mereka adalah seangkatan dengan Iron Maiden dalam memulakan pergerakan NWOBHM. Hysteria memang tak ada sound NWOBHM. Malah ianya langsung bukan heavy metal.
Def Leppard memang banyak pengaruhnya kepada budak-budak rock zaman 80an. "Foolin" tu kira lagu wajib. Bila Hysteria keluar memang rasa pelik. Sangat Pop. Tapi dalam masa yang sama memang sedap. Tiada lagi pengaruh ACDC. Mereka dah jumpa sound dan trademark yang tersendiri. Mungkin juga kerana keadaan fizikal Rick Allen. Mereka kini lebih santai, melodic dan yang penting lagu-lagunya memang mudah melekat dalam kepala.
Hysteria membawa mereka ke puncak. 25 juta unit terjual. 7 hits single. "Women" (no 80 carta Billboards), "Rocket" ( no 12 carta Billboards), "Animal" (no 19), "Pour Some Sugar on Me" (no 2), "Armageddon It" (no 3), "Hysteria" (no 10) dan yang paling berjaya "Love Bites" (no 1 dalam carta Billboards). Rekod yang sukar nak diulangi oleh mana-mana band termasuk mereka sendiri.
Malah lagu-lagu yang tak jadi single macam "Don't Shoot Shotgun", "Run Riot" dan "Gods of War" pun sedap. Ini memang betul-betul album yang "All killer no filler".
Ianya juga penampilan terakhir Steve Clark. Aura Def Leppard memang tak sama selepas ketiadaan beliau. Ingat lagi dulu-dulu agak sukar juga nak bezakan solo Steve Clark dan Phil Collen. Tapi dengan adanya Encik Google, segalanya di hujung jari...
Women – Phil – Steve does a solo during the final chorus, then Phil again for the ride out
Rocket – Phil and Steve
Animal – Phil
Love Bites – Steve
Pour Some Sugar On Me – Steve and Phil, Steve does ride out
Armageddon It – Steve main solo, Phil ride out
Gods Of War – Steve
Don’t Shoot Shotgun – Steve
Run Riot – Phil
Hysteria – Steve and Phil, Steve does ride out
Excitable – Steve and Phil
Love And Affection – Phil main, Steve does ride out
Apa-apa pun album ni memang terbaik. Tak mampu pulak nak beli edisi Hysteria [5 CD/2 DVD] - 30th Anniversary tu. Ada cd yang asal ni pun jadi la....
Rekomended!
wow.. kalau aku jumpa cd ni harga mampu milik aku nak beli haha
ReplyDeletebelum tergerak hati nak kumpul diskografi DL, cuma ada kompilasi setakat ini
ReplyDeleteTeringin jugak nak beli yg anniversary edition tu..takut harga pulak.tapi kalo lagi murah dari lp fenomena apa salahnya..heheh.antara album DL yg tak jemu di dengar sampai skarang.nanti aku tampal versi vinyl lak
ReplyDeleteMasih mencari juga, belum jumpa cd terpakai yg murah..
ReplyDeleteHysteria pertama kali aku dengar versi saduran Dougles Olevera. Singapore Rocker.
ReplyDeletemamat ni popular kan dulu2 kat chanel 5...
DeleteMy Faberet!
ReplyDelete