Friday, October 6, 2017

2020

Sambungan dari >SINI<


Babylon - 2020 (1992)

Bukan lagi terbitan M Nasir. Kini ianya diterbitkan sendiri oleh Hassan dan Hussien. Satu langkah berani dan patut di puji. Paling menarik, penulis cukup berkenan dengan sound album ini. Agak raw tetapi bersih. Bunyi gitar yang kedepan. Ini baru rock. Memang kena dengan selera penulis. Power!

Selain sound yang berbeza, arah tuju muziknya juga. Kini ianya lebih moden, rock n roll ala 90an. Muziknya tidak lagi keras. Lebih mellow dan mid tempo. Lagu-lagu berbahasa inggeris juga tidaklah se"metal" seperti album pertama. Namun begitu susunan muziknya memang berkualiti. Pengaruh Loudness masih ketara terutama dari segi sound gitar.

Paling menarik perhatian adalah kerja gitar Hassan. Memang hebat. Lagu blues rock "Wawasan" antara contohnya. Suka juga dengan instrumental "Love You N". Zaman sekarang susah dah nak jumpa lagu-lagu instrumental gitar. Maklumlah gitar hero bukanlah sesuatu yang "cool" untuk generasi hari ini.


Band sebegini memang patut dipuji dan di sokong. Jatuh bangun dengan muzik ciptaan sendiri. Satu - satunya kelemahan mereka adalah tiadanya lagu jiwang yang betul-betul boleh menarik perhatian geng-geng akak lipat kain. Tiadanya lagu sebegini bermakna susah lah album nak jual. Macam yang dah dikatakan sebelum ini, kalau nak harap hanya Mat Rock yang beli...hasilnya inilah yang terjadi. Mereka hanya bertahan untuk 2 album. Sedih!

Apa-apa pun penulis memang suka album ini berbanding album pertama. Kekuatan album pertama adalah 2 lagu inggerisnya tetapi 2020 menang dari segi sound dan susunan muziknya yang berkualiti. Tak perlu M Nasir untuk terbitan berkualiti tetapi mungkin perlukan beliau untuk album yang boleh jual...tapi tak pasti juga kan...Kerjasama mereka bersama M Nasir di album yang pertama pun tidak kemana juga..








5 comments:

  1. Dengar cite cover depan album ni dulu hampir kena banned pasal bangunan sultan abdul samad tu.tapi aku suka cover dia ala apocalyptic gitu.nak beli jugak la nanti cd ni

    ReplyDelete
  2. 'Love u N' LAGU tU Bro Hassan cipta khas utk wife beliau..hehehh.. sgt minat.. best & mantobb!!

    ReplyDelete
  3. Artwork depan tu.... MadMax betoi!

    ReplyDelete