Friday, July 13, 2018

Power Metal

Sempena tribute kepada Vinne Paul dan album yang menyambut ulang tahun ke 30 pada bulan Mei yang lalu…


PANTERA – POWER METAL (1988)

Antara album yang mahu dilupakan oleh Pantera. Mungkin kerana genre muzik mereka yang dah berubah atau mungkin juga kerana imej yang berbeza.

Power Metal adalah album pertama Phill Anselmo bersama Pantera. 3 album yang awal adalah bersama vokalis yang lain. Walaupun ianya sering dikategorikan sebagai sebuah album glam/hair metal seperti 3 album awal, tetapi sebenarnya ianya tidaklah sepenuhnya begitu. Ianya bukanlah sebuah album seperti Poison ataupun Warrant


Lagu-lagunya lebih ke arah heavy metal 80an ala Judas Priest. Ada juga pengaruh speed metal yang ada masanya mengingatkan saya kepada band seperti Savatage di awal kemunculan mereka. Ada juga elemen thrash dengan rif rif ala Megadeth yang dapat dikesan.

Senang cerita ianya adalah permulaan untuk Pantera yang baru. Lagu-lagunya tak lah bagus dan tidak juga teruk. Kira  ok-ok sahaja lah. Tumpuan utama sudah semestinya kerja gitar Diamond Darrell.



Thanks for the music
Vincent Paul Abbott
(March 11, 1964 - June 18, 2018)




5 comments:

  1. Not about this album. Victory music station sungei Wang is selling all their cd and lp stock at price 50% or lower. Start two months ago still some rock/metal stuck left.

    ReplyDelete
  2. album ni masih tiada WOW factor dari pantera. Until they bring in the full thrash metal look and sound, baru depa jadi hit. Album ni ok juga sebab ada Phill, lebih maskulin jadinya berbanding album dgn Terry Glaze.

    ReplyDelete
  3. Tak penah dengar album ni.nanti nak try kt utube

    ReplyDelete