Friday, January 1, 2021

2021

 Selamat datang 2021...

Banyak keadaan dan kenangan yang tak boleh dilupakan sepanjang tahun 2020. Perkataan MCO, PKP, PKPB, PKPP, WFH menjadi satu norma baru. Harapnya perkara ini tidaklah berterusan.

Kalau nak kata kenangan yang paling best dari segi duniawi sudah semestinya ketika menyaksikan konsert Belantara 20022020. Yang lainnya banyak terperap dalam rumah. Maklumlah hampir 3 bulan juga kena bekerja dari rumah. Tetapi yang jadi penyakitnya, semakin kerap berada di rumah bemakna semakin banyak masa terluang untuk "panic buying" di ebay dan juga FB. 😁...Tambah-tambah pula dengan adanya duit moratorium. Memang jahanam!!! 😅

Apa-apa pun semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua. Semoga 2021 adalah tahun yang lebih baik....Selamat tahun baru!


*terimakasih Azli DYS atas hadiah kalendar 2021 yang comel. Susah betul nak dapat kalendar percuma sekarang...mungkin tiada lagi kalendar percuma juga adalah satu norma baru...😁


3 comments:

  1. di sini masih boleh dapat kalendar percuma bila shopping di supermarket, tapi bukan yang koyak sekeping sehari tu la... itu lagi rare

    ReplyDelete
  2. 2021 - predicted most popular words - vaksin, anti-vaksin, side effect, pfitzer. Don't plan to buy news cds, but melintang lalu, membujur patah, ada cd rare mendatang aku sebat.

    ReplyDelete
  3. tempat kerja ada bagi kalendar sebab banyak supply bagi. haha. lagi2 hujung tahun orang rumah ada singgah kedai emas dapat juga kalendar. semoga tahun ni akan lebih baik..dan covid berakhir dengan cepat

    ReplyDelete