Sunday, January 3, 2021

Colony

 Mengimbau kenangan..

In Flames - Colony (1999)

Sebenarnya ini adalah permintaan dari seorang rakan di Instagram. Beliau mahu saya bercerita samada tentang Kansas- Leftoverture, Ted Nugent atau mana-mana album In Flames dari zaman melodic death metal mereka. Sayangnya saya tiada cd Ted Nugent untuk dicerita. Dan kebetulan pula tengah di dalam mood untuk mendengar melodic death metal, maka saya dahulukan Colony dari Leftoverture.

Agak lambat sebenarnya mendengar In Flames. Bermula dari Clayman, tetapi kaset pertama mereka yang dibeli adalah Reroute To Remain (2002). Ketika itu dah rasa ianya berbeza. Tak minat sangat. Bila mendengar album-album awal mereka ternyata ianya lebih memikat hati.


Tak ingat bila kali pertama mendengar album ini secara betul. Kalau tak silap selepas merasa tepu dengan power metal (sekitar menuju ke pertengahan tahun 2000an), ketika itu selera mula berubah ke arah melodic death metal. In Flames adalah salah satu darinya.

Bagi saya bermula dari Colony, In Flames semakin kurang perisa death metalnya. Colony lebih mementingkan melodi yang catchy. Mungkin mereka mahukan supaya ianya lebih mudah diterima di khalayak umum. Lagu-lagunya memang mudah menangkap. Paling digemari adalah bahagian harmonic solo gitarnya. Memang terasa ke'maiden"annya (haha.. ada ke ayat macam ni).

Senang cerita kalau anda mahukan sesuatu yang aggresif tetapi dalam masa yang sama mahukan juga yang melodic. Ini adalah yang patut anda cari.



2 comments:

  1. belum ada lagi dalam koleksi band ni.

    ReplyDelete
  2. tak berapa layan in flames, tapi colony satu2nya album in flames yang ada memori peribadi

    ReplyDelete