Friday, January 22, 2021

Media '88 - '89

Riyadh - Media '88 - '89 (1989)

Satu lagi produk reissue dari tahun 2016. Semenjak beli memang tak pernah dengar pun. Sekali lagi tergerak nak dengar selepas membaca tulisan Dr. Taki di FB. Ini adalah sebuah lagi album rock melayu yang saya tidak mempunyai apa-apa kenangan terhadapnya. Memang tak ambil tahu pun ketika ianya diterbitkan pada penghujung 80an dulu.

Riyadh atau D’Riyadh yang saya tahu cuma dari album Pancakara Di Cakerawala (1988). Tak beli Hikayat Rok (1988). Tak pasti pun kewujudannya pada ketika itu. Sedap juga lagu "Melodi Cinta Lama”. Rasanya rakaman videonya dari Muzik Muzik masih saya simpan hingga kini. Tak pasti ntah boleh dimainkan ke tidak. Pita video VHS nya pun dah berkulat.

Satu lagi yang saya ingat tentang mereka adalah kerana vocal Akhil Hayy. Ianya menjadi suatu perdebatan antara saya dan rakan-rakan. Maklumlah vocal halus sebegitu memang tidak digemari oleh rakan-rakan yang mendengar ekstrem metal. Tetapi bagi saya vocal beliau mengingatkan saya kepada gaya vocal band-band era glam metal. Vince Neil terutamanya.

Media ’88-’89 muziknya lebih cenderung kepada hard rock dan rock and roll. Saya kurang gemar dengan sound gitarnya yang agak tenggelam. Tetapi perlu di akui gitarisnya, Jeffry memang seorang gitaris yang bagus. Banyak sebenarnya gitaris-gitaris yang bagus dari zaman ini yang sepatutnya diberikan lebih pengiktirafan. Beliau adalah salah seorang darinya.

Ada 2,3 lagu yang menarik perhatian dengan sekali dua pendengaran. “Dunia Perhitungan” adalah satu darinya. Gaya vokalnya benar-benar seperti Vince Neil. Lagu perlahan “Hanya Ketenangan” pula adalah lagu yang rasanya saya pernah dengar. Mungkin juga dari Muzik Muzik atau pun di radio.



4 comments:

  1. hah~ memang aku tak dapat lupa dressing akhil hayy waktu pesta hiburan kingsway 1989 :D

    ReplyDelete
  2. Tak pernah ambil tahu ttg band ni. Tapi pernah dengar ceramah Akil Hayy ni, duk kerja angkat diri kata dia bapa rockstar dulu. So cuba la dengar sebab gah sangat dia kata.

    Rupanya tahi.. hehehe

    ReplyDelete
  3. kelebihan mereka brjaya bw lagu dan main sndiri dlm album sendiri. dulu ramai kita kena tipu, kbykn album sessionist yg main. suara Us Akhil lambat kita nak trima sbb pelik dan halus mcm budak² brnyanyi. lama² terheret jg bila mula trlayan dgn rentak gitar ala rock n rol dan seolah bermain² dgn alunan vokal. jarang ada pd album rock lain. tahniah jefri li!! siapa peminat kmpln poison akan minat muzik album ni.
    apapun pnyanyi yg diangap 'tahi' ni byk dah berubah. istiqamah berdakwah lagi. kita bila lagi?? :-)

    ReplyDelete