Saturday, January 9, 2021

Brainwashed Generation

 Lagi album terbitan tahun 2020

Enuff Z'Nuff - Brainwashed Generation (2020)

Seperti yang pernah di sebut sebelum ini, saya tak rasa Hair atau Glam Metal adalah satu genre. Ianya lebih kepada fesyen pada zaman tersebut. Band-band yang dikaitkan dengan Hair/Glam Metal ini mempunyai corak muzik yang berbeza dari satu band ke satu band yang lain. Enuff Z'Nuff adalah salah satu contohnya.

Lagu mereka tidak mempunya ciri-ciri heavy metal. Ianya seperti mendengar Beatles bermain hard rock. Mereka sendiri sejak awal lagi telah melabelkan muzik mereka sebagai power pop. Tetapi dengan gaya dan fesyen pada zaman tersebut, mereka juga di kategori kepada Hair/Glam Metal.

Tidak berapa mengikuti perkembangan karier mereka. Dulunya sekadar tahu lagu "Fly High Michelle" dan "New Thing". Kemudiannya terbeli pula cd "Animals With Human Intelligence (1993)" dan rasa suka pula dengan lagu-lagunya. Tetapi selepas dari itu memang tak ambil tahu sehinggalah terdengar album "Diamond Boy (2018)" di spotify dan tiba-tiba rasa ingin mendengar mereka semula.


"Brainwashed Generation" adalah album terbaru dan yang ke 15 bagi mereka. Ianya juga adalah album kedua (selepas Diamond Boy) tanpa vokalis asal mereka, Donnie Vie. Tugas sebagai vokalis kini di ambil oleh pengasas dan pemain bass mereka, Chip Z'Nuff. Namun begitu Donnie tetap menyanyi dan menyumbangkan satu lagu (Strangers in My Head). Memang ada perbezaan antara vokal Donnie dan Chip. Tetapi identiti Enuff Z'nuff tak banyak berubah. Selain lagu-lagunya yang cenderung kepada vokal harmoni, suara ala2 mengada Donnie ada dalam suara Chip.

"Brainwashed Generation" juga menampilkan pemuzik jemputan yang hebat. Antaranya Mike Portnoy dan Ace Frehley.

Lagu-lagunya memang menenangkan jiwa. Sayang betul band-band yang bagus seperti mereka selalu disalah ertikan bila mereka dilabelkan sebagai hair metal. "Brainwashed Generation" adalah salah satu album melodic hard rock kegemaran saya untuk tahun 2020.


2 comments:

  1. belum dengar lagi lagunya. nanti aku dengar

    ReplyDelete
  2. One of my favorite bands. Have their albums up to Tweaks. Maybe will buy other albums too.

    ReplyDelete