Friday, January 29, 2021

Moment

Lagi album terbitan tahun lepas...

Dark Tranquillity - Moment (2020)

Jujurnya saya adalah pendengar baru Dark Tranquillity. Mungkin tak sampai pun 10 tahun. Bermakna saya tidak mendengar muzik mereka ketika zaman kegemilangan Gothenburg Melodic Death Metal. Namun begitu setelah di kenalkan dengan 2 album awal mereka (Skydancer dan The Gallery), ianya terus jadi minat. Sayangnya album-album yang selepas dari itu muzik mereka telah berubah. Minat saya pada mereka juga terbantut.

Tak pernah terpikir asalnya nak beli album terbaru ni. WFH, lebihan moratorium 😁 dan cover albumnya yang cantik menjadi punca. Tenyata muziknya agak susah saya nak hadam. Walaupun berat dan melodic tetapi temponya slowww... melankolic dan lebih terarah kepada gothic metal. Tetapi solo-solo gitarnya memang sedap. 

Setuju dengan satu ulasan yang tulis "Moment is Dark Tranquillity doing Dark Tranquillity. So existing fans will be pleased. New listers may not be impressed, though"


5 comments:

  1. Gallery dark tranquillity best album

    ReplyDelete
  2. Aku pernah terfikir, katakan aku terperangkap dalam gua berminggu-minggu, apa agaknya 1 album yang boleh aku dengar berulang-ulang kali sehinggalah diselamatkan - aku rasa ialah The Gallery.

    ReplyDelete