Monday, May 31, 2021

Pelangi Duniawi

 Layanan ketika di kuarantin 10 hari... (bahagian 3)

Dalam tempoh terkurung di rumah ini saya cuba untuk mendengar seberapa banyak album-album rock melayu yang suatu masa dahulu tak pernah di ambil tahu.

*** Tetapi maaf lah saya hanya mampu mendengarnya melalui versi cdr. Tak pernah jumpa versi cd dan tak mampu pula kalau nak beli versi kaset ataupun piring hitam

Wild Age - Pelangi Duniawi (1989)

Jujurnya tak pernah tau pun kewujudannya pada suatu masa dahulu. Tahun 1989 adalah tahun yang saya mula lebih mendengar rock orang putih berbanding rock melayu. Kalau pergi ke kedai-kedai kaset pun memang jarang sangat membelek di bahagaian rock melayu. Mungkin itu antara penyebab kenapa saya tak pernah tau tentang album ini. Tambahan pula saya tidak pernah mendengar lagu-lagu mereka di radio.

Tahu tentang album ini pun hanya pada ketika era internet (awal 2000an). Gambar covernya memang menarik perhatian. Seperti FF - Ketenangan, ini adalah salah satu lagi album rock melayu yang hilang. Tak rasa ianya pernah dikeluarkan dalam bentuk cd. Kalau dapat kasetnya dengan harga mampu milik memang sangat bertuahlah.

Tak sangka pula album ini bagus. Lagu track pertamanya,"Pelangi Duniawi" sememangnya menaikan mood untuk mendengar keseluruhannya albumnya. Sememangnya menghiburkan. Tiada lagu-lagu yang meleweh sangat. Bahkan bolehlah dikatakan cuma ada 3 lagu perlahan dan dua darinya bukanlah yang jenis melentok.

Pertama kali dengar terbayangkan Lefthanded pada beberapa lagunya. Setelah disemak, rupa-rupanya ada 6 lagu ciptaan Man Kidal. Malah album ini juga diterbitkan oleh beliau. Saya pasti mesti ada lagu-lagunya yang bahagian gitarnya juga dimainkan oleh beliau.

Tak banyak info yang dapat dicari tentang Wild Age. Mereka antara berpuluh band-band yang berjaya merakamkan album tetapi gagal untuk bersinar disebabkan terlampau banyak saingan pada ketika itu. Kalau sesiapa terjumpa kaset atau piring hitamnya dengan harga mampu milik, saya cadangkan sila beli.


2 comments:

  1. Assalamualaikum...lama x tgk blog ni....bro komen sikit pasal apa junior kena tendang lagi dari megadeth.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...komen pasal Junior?...hahaha…kalau ko rajin google pasti tau apa sebabnya...pada akulah…Mustaine tak nak pening2 kepala dan babitkan isu peribadi Junior dalam band…Megadeth adalah Mustaine… dan Junior pun pernah buat hal dan kena tendang sebelum ni… Mat Salleh ni walaupun moral dorang pun tak berapa nak betul tapi ada benda2 yang dorang jaga... contohnya bila ko ada kes dengan budak bawah umur... ini adalah satu benda yang tak betul bagi dorang...bagus jugak la dia kena tendang... kalau tak setiap kali tengok muka Junior aku terbayang2 video tu... hahaha.... dan apa yang penting...Come on Abang Mus...please bring back James LoMenzo...

      Delete