Tuesday, May 4, 2021

Scriptures

 Antara album tahun lepas yang sempat dibeli...

Benediction - Scriptures (2020)

Antara band death metal yang pernah dengar tapi dah lupa bagaimana bentuk muziknya. Seingatnya pernah mendengar kaset mereka pada tahun-tahun awal 90an. Tetapi disebabkan pada ketika itu lebih berminat dengan genre thrash, mana-mana band death metal yang biasa (generic), biasanya akan didengar secara lalu tanpa ada apa-apa ingatan atau kenangan terhadapnya. Maklumlah pada ketika itu terlampau banyak band-band yang sebegini yang perlu diterokai dengan sumber kewangan dan masa yang terhad.

Scriptures adalah album "come back" mereka selepas menyepi selama 12 tahun. Ianya masih mengekalkan identiti Benediction yang lama. Ditambah pula dengan kembalinya vokalis asal mereka, Dave Ingram (yang pernah juga bersama Bolt Thrower untuk satu album). Seperti juga Bolt Thrower, death metal acuan Benediction bukanlah jenis yang laju. Ianya lebih mementingkan sound yang berat dengan lagu-lagu mid-tempo serta rif-rif yang membunuh.

Masalah untuk saya bagi band-band yang sebegini adalah lagu-lagu mereka yang seakan-akan sama pada setiap lagunya. Memang ada rif-rif dan momen yang menangkap. Tetapi sacara keseluruhannya ianya seperti mendengar satu lagu panjang dengan rif yang dipelbagaikan. Tetapi lagu-lagu sebegini sememangnya sesuai dijadikan back ground music apabila berkerja dari rumah. Rasa bersemangat...


1 comment: