Thursday, May 20, 2021

Runaway Horse

Penangan "Work From Home" dan banyak masa membelek e-bay....

Belinda Carlisle - Runaway Horses (1989)

Mula tahu pasal Belinda Carlisle adalah melalui kumpulan The Go-Go's dan kemudiannya lagu solo beliau "Mad About You". Tetapi setakat itulah. Tak pernah benar-benar ambil tahu sehinggalah ketika zaman menuntut di ITM, ada rakan sebilik yang mempunyai kaset beliau.

Dari 2 kaset Belinda yang di bawa beliau, saya lebih tertarik dengan Runaway Horses berbanding Heaven On Earth. Kedua-duanya bagus tetapi Runaway Horses hampir kesemua lagu-lagunya saya suka. "Leave a Light On", "Runaway Horses", "Vision of You", "Summer Rain","La Luna" dan "(We Want) The Same Thing" adalah antaranya.

Ianya antara peneman ketika kepala tepu dengan metal. Lagu-lagu beliau masih berkonsepkan guitar oriented. Kiranya ia masih dalam lingkungan rock. Selepas berpuluh tahun akhirnya kedua-dua cd Runaway Horses dan Heaven On Earth berjaya juga saya miliki.

Mendengar album ini mengingatkan saya kembali kepada rakan tersebut. Bukan setakat Belinda, beliau juga mengenalkan saya kepada Martika, Suzanne Vega, Alannah Myles dan beberapa lagi artis pop wanita. Nak kata "lost contact" tidak juga. Ada di dalam senarai kawan di FB. Tetapi oleh kerana jarak dan masa, rasa agak janggal juga untuk bertegur sapa. Padahal suatu masa dulu kami agak rapat juga. Kerana beliaulah saya pernah menjadi salah seorang jamaah subuh di surau ITMCJ. 😊



6 comments:

  1. hehehe... takpa, aku setakat kompilasi BC je dah kira cukup guilty pleasure :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku cd kompilasi tu pun ada jugak...tapi inilah dia penangan WFH...belek2 ebay...klik buy...haha...

      Delete
    2. sejak Dominion aku tak sampai-sampai sejak bulan November tahun lepas, macam malas dah nak ber-eBay

      Delete
  2. asal nampak dengar nama ni mesti aku ingat deaf haha

    ReplyDelete
  3. Jenjalan cari CD akak ni Heaven on Earth tetibe blog incik ni naik lagi kat google (mcm waktu cari cd Roxette aritu). Hehe. Saya pun minat BC ni. Penangan kaset Megahit1 jiran sekampung ada lagu Leave a Light On. Yg melekat : We want the sengteng. CDV2599 Austrian press.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih kerana menjenguk...kekadang rasa gatal tangan jugak untuk membeli versi lp

      Delete