Saturday, May 1, 2021

Rock Power

 Panic buying di ketika musim PKP yang lalu ... 

VA - Rock Power (1988)

Antara kompilasi yang kurang dikenali di Malaysia tetapi agak popular juga di Singapura dan Selatan Johor. Ianya adalah kompilasi kedua band-band rock dari Singapura selepas munculnya siri Clash Of The Bands. Dua dari kumpulan yang terlibat (TZ dan Trashed) juga pernah muncul di dalam kompilasi Clash Of The Bands yang pertama.

Kumpulan yang terlibat di dalam kompilasi ini adalah TZ , Trust , Yezz , Strangers Eyes dan Trashed.

Saya tak pasti kenapa ketika ianya dikeluarkan dulu saya tidak membeli kasetnya. Mungkin kekangan kewangan seorang pelajar dan terlampau banyaknya kaset rock yang keluar pada ketika itu membuatkan saya agak selektif dalam membeli. 

Cd ini baru sahaja di beli di Lazada dengan harga serendah RM12. Apa yang saya ingat tentang Rock Power adalah lagu Cinta Palsu dari TZ dan Bicara Rindu dari Yezz. Lagu ini kerap dimainkan di radio Singapura dan agak popular juga. Yang lain-lain memang dah lupa.

Selepas mendengar cd ini rupa-rupanya baru teringat yang lagu Hati Ku Kau Lukai dari Trust juga adalah lagu yang sering saya dengar di radio Singapura pada suatu masa dahulu. Ketiga-tiga lagu yang disebutkan tadi tu memang sedap. Sesiapa yang membesar di Johor Bahru pada penghujung 80an pasti akan tahu lagu-lagu tersebut.

Sebenarnya saya agak teruja untuk mendengar lagu-lagu TZ dan Trashed. Lagu-lagu mereka dalam Clash of the Bands memang menarik. Sepatutnya mereka berhak untuk diberikan peluang merakamkan album solo sama seperti Helter Skelter. Ternyata kedua mereka tidak mengecewakan. Terutamanya TZ. Lagu rancak dan perlahan mereka kedua-duanya sedap.

Tetapi saya agak tertarik juga dengan kumpulan-kumpulan yang lainnya. Stranger Eyes pun sedap. lagu perlahan mereka, Manusia Biasa ada sedikit pengaruh progressif rock. Senang cerita pada halwa telinga saya kelima-lima band dalam kompilasi ini memang bagus. Sepuluh-sepuluh lagunya sedap. Suara penyanyi wanita Yezz dalam Bicara Rindu lebih saya suka berbading penyanyi wanita dalam Last Minute (Clash of the Bands).

Tak rugi lah dengan RM12 dapat mengembalikan nostalgia mendengar radio berbahasa melayu Singapura pada penghujung 80an dulu. Best!



3 comments:

  1. Replies
    1. tak kan lah nak beli yang RM12 sesaja dengan kos postage yang RM5....pastinya ada yang lain yang membuatkannya jadi panik 😂

      Delete
  2. Ha ha ha. Baru nak komen pasal iron maiden dah keluar entri baru. Kebetulan pula cd yang sama beli masa pkp tahun lepas. So fed up duduk kat rumah. Setiap hari masuk shopee, lazada sampai terjumpa cd ni... Mmg best cd. Lagi best dari kompilasi cd rock melayu yang dalam collection. Tak rugi. Wish ada remastered version.. Panik sebab covid.. beli sewaktu covid = Panic buying.

    ReplyDelete