Masalah mempunyai hobi mengumpul cd adalah ruang untuk menyimpan. Semakin banyak koleksi semakin sempit ruang yang dimiliki. Saya dalam proses untuk memindahkan koleksi saya di tempat yang lebih sesuai. Ruang yang ada sekarang terpaksa dikorbankan untuk menjadi ruang keluarga. Masih dalam perancangan jika di murahkan rezeki ruang menonton tv sekarang akan dijadikan bilik yang sepenuhnya untuk tujuan hobi.
Yang bagusnya ia boleh dibeli secara online. Tak kisahlah kalau kat tempat kita tak ada IKEA ataupun telah habis stok. Saya sendiri membeli secara online kerana IKEA JB ketika ini sudah kehabisan stok. Kalau nak beli dengan kuantiti yang banyak memang rasa berbaloi dengan kos penghantarannya. Maklumlah kalau beli sendiri pun agak jenuh juga nak mengangkatnya masuk ke dalam kereta. Berat.
aku dah asingkan mana CD yang jarang (atau tidak lagi) dipasang simpan dalam kontena, hanya yang selalu dicapai sahaja tinggal dalam almari "rak kasut"
ReplyDeletemungkin juga akan asingkan CD yang boleh diletgo
aku sejak2 kena work from home ni la banyak dengar cd...kalau tak biasanya cd hanyalah hiasan...haha...
Deletesaya dah beli almari berpintu untuk letak koleksi cd dan kaset saya bang. beli murah je. janji senang nak dicapai dan dengar haha
ReplyDeleteSusahnya bila benda dah jadi satu hobi...bukan nak dengar sangat pun...lebih kepada santapan mata...sebab tu tak letak dalam almari bertutup...
DeleteBeli sepuloh gnedby pun xckup lg tu bang nk simpan cd2 abg tu
ReplyDeletecukup kot... takder la banyak mana pun... tapi kalau tak cukup kita beli lagi... hahaha..
Delete