Thursday, November 11, 2021

Rock Kapak - Ipoh Music Symposium

 Antara yang terkini dalam pasaran buku...


Jarang nak jumpa buku pasal rock dalam bahasa melayu. Orang kita memang memang amat jarang nak buat buku biography apatah lagi buku tentang muzik. Mungkin kita sendiri yang kurang menghargai sejarah muzik menyebabkan penerbit buku tidak berminat untuk menerbitkan buku berkisar muzik dan biography pemuzik.


Sekali sekala terjumpa bahan bacaan macam ini memang tak akan dilepaskan peluang. Belum sempat baca pun lagi. Berderet sebenarnya buku yang tengah tunggu giliran untuk dibaca. Netflix dan yang seangkatan dengannya memang menyebabkan hampir kesuntukan masa lapang untuk membuat perkara lain.


Kongsi sedikit tajuk-tajuk yang boleh kita baca dalam buku ini. Ianya adalah himpunan pendapat, kajian, pemerhatian dan pengalaman beberapa orang individu yang dipilih untuk dibentangkan di dalam majlis Ipoh Music Symposium 2020 yang bertemakan "Rock Kapak".


Kongsi sekeping gambar. Kalau nak tengok yang lain kena lah beli bukunya. Tetapi bersesuian dengan penerbit dan penganjurnya iaitu Arkib Muzik Perak (AMP), sudah semestinya majoriti gambar adalah band rock kebangaan dari Perak iaitu SYJ.

Tabik kepada AMP yang berjaya mendokumentasikan bahan-bahan sejarah musik terutamanya dari Perak. Sepatutnya negeri-negeri lain juga kena mengikuti jejak langkah mereka sebagai contoh.


4 comments:

  1. ada tengok buku ni dijual oleh brader meor yusuf azidin di facebook

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer...dia adalah salah seorang penulis di dalam buku ini

      Delete
  2. selepas 40+ tahun, muzik rock (dan metal) masih lagi dipandang serong oleh sesetengah (mungkin majoriti) masyarakat

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan ianya masih dipandang sebagai muzik anak muda...padahal Black Sabbath, Iron Maiden dan seangkatan dengannya adalah dari golongan atuk2 yang dah bercucu... tapi tetap bila ko dengar muzik sebegini, ko akan dianggap sebagai orang tua yang tak sedar diri...bawak2 la bertaubat....hahaha...

      Delete