Hiburan rawak sambil bekerja dari rumah...Bloodshed versi Jepun!...
Anthem – Tightrope (1986)
Antara yang baru dimiliki. Terjebak pula dengan Discogs. Ni sama penyakitnya seperti ebay...aduhai...
Tak pernah dengar pun Anthem zaman budak-budak dulu. Kalau cerita tentang band heavy metal dari Jepun sudah semestinya Loudness dan Earthshaker. Ada juga tahu pasal Bow Wow / Vow Wow dan EZO. Tapi Anthem memang langsung tak tahu. Mungkin pernah terbaca nama tetapi sememangnya tiada memori tentangnya.
Bila masuk zaman internet dan membaca blog "Deaf" baru perasan tentang Anthem. Ketika itu baru tahu yang lagu "Peristiwa" dari album "Ilusi Sebuah Mimpi - Bloodshed" di ambil dari lagu Anthem, "Death to Death". Lama juga mencari siapa penyanyi asalnya kerana ianya dicatatkan sebagai "Copyright Controlled". Bermakna ianya adalah lagu cover.
Ketika itu juga baru perasan yang sebuah lagi lagu dari album tersebut (Jangan Terpedaya) juga mempunyai persamaan dengan lagu Anthem yang bertajuk "Finger's On The Trigger". Mungkin kerana ianya tidak ditiru bulat-bulat, maka ianya tidak digolongkan sebagai lagu cover dan di kreditkan kepada Bloodshed. Zaman tersebut perkara ciplak seperti ini memang satu kebiasaan.
Membeli piring hitam ini (selain dari harganya yang murah termasuk pos dalam RM80++) adalah semata-mata kerana 2 lagu tersebut. Tetapi ternyata lagu-lagu lainnya pun sedap. Ini yang payahnya bila kita mula terjebak dengan sesuatu yang baru. Tak pasal-pasal nanti akan "ter"cari album-album yang lainnya pula.
silap2 boleh full discography band ni di masa akan datang bang haha
ReplyDeleteini adalah penyakit...hahaha...
DeletePernah beli dari discog. Tak kenal sgt buyer. Tak biasa dgn system rating yang dipakai. Lalu dapat kualiti yg teruk. Terus stop.
DeleteYer...discog biasanya akan bagi grade...kita kena tau grade piring dan sleeve yg dijual tu...mint,very good, good + dll... jangan pandang harga sahaja kerana biasanya kalau murah sangat tu kondisi teruk
Delete