Tuesday, November 23, 2021

Tuk Tak

Bahan bacaan terkini di pasaran...

Tuk Tak - Cerita Zahid Ahmad Tentang Muzik Malaysia, Drum dam Proses Bikin Lagu

Asalnya tak berapa teruja untuk beli. Maklumlah saya ni Mat Rock. Dan dari apa yang saya tahu Zahid Ahmad bukanlah seorang pemain drum yang rock dan metal. Bak kata beliau sediri dalam buku ini "Wa ni Rockers dari Jb la!" (ms.48). Tapi bila mengenangkan tak banyak buku-buku biography pemuzik tempatan dan beliau adalah adik kepada Yazid Search, tanpa berpikir panjang terus membuat pre-order.

Ternyata saya salah. Zahid asalnya seperti kebanyakan anak muda tahun 80an JB juga adalah seorang rocker. Bezanya selera muzik beliau berkembang manakala orang seperti saya tidak. Saya hanya mengambil masa kurang dari 4 jam dengan sedikit gangguan untuk menghabiskan bukunya. Bila mula membaca memang rasa tak nak berhenti. Gaya penceritaan beliau yang bersahaja tetapi padat menyebabkan saya tidak sabar untuk menghabiskannya.

Walaupun ada beberapa bab yang agak teknikal yang saya kurang paham, maklumlah saya bukannya pemuzik. Dan cerita-cerita tentang artis-artis dan lagu-lagu bukan rock seperti Sheila Majid dan Zainal Abidin yang saya kurang tahu dengan lagu-lagunya (sekali lagi memetik kata-kata beliau - "lagipun, aku kan Mat Rock Johor Bahru" (ms.116). Tetapi dengan gaya penulisan beliau menyebabkan saya teruja pula untuk mengambil tahu.

Tahniah untuk Zahid Ahmad dan Bukuku Press. Semoga akan ada lagi pemuzik yang mengikut jejak langkah beliau untuk menulis. Kita sememangnya kekurangan bahan bacaan sebegini. Sayang kalau segala sejarah tentang muzik kita tidak didokumentasikan.

Rekomended!


6 comments:

  1. Kalau FB ke IG aku dah like hahahaha....buku ni aku baru baca 3 tajuk pertama. Banyak buku nak baca, tapi stamina kurang. Apa yang pastu stamina aku kuat dekat Netflix hahahhaaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la...Netflix menjahanankan segala masa yang ada... haha..

      Delete
  2. Itu yang sebenarnya. Semua orang kena start menulis. Tak kiralah tulis kat fb ke, blog ke, sampai masa kita boleh bukukan.

    Alhamdulillah, setelah aku push, arwah ayah aku berjaya siapkan manuskrip kisah autobiography dia dalam masa setahun, betul-betul siap sebelum dia meninggal dunia May 2021. Inilah sejarah hidup keluarga yang boleh ditinggalkan.

    Kesimpulannya orang Melayu kena menulis. Kalau tidak, sejarah bangsa dan negara hilang begitu sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena publish tu... sejarah sepatutnya dikongsikan bersama

      Delete
  3. yeah , kita perlukan lebih banyak maklumat terkumpul dari peseni2 muzik melayu

    ReplyDelete