Tuesday, May 31, 2022

Not to Be Undimensional Conscious

Secara tiba-tiba rasa seronok pula untuk bercerita tentang album-album dari 30 tahun yang lalu (1992)... 

Disharmonic Orchestra - Not to Be Undimensional Conscious (1992)

Antara band yang tahu nama tetapi tak berapa nak ingat bagaimana bentuk muziknya. Zaman kemunculan awal death metal pada penghujung 80an atau awal 90an ada nampak kasetnya. Tetapi tak ingat samada pernah dengar atau tidak lagu-lagunya. Mana-mana yang tak beli kasetnya dan kurang meninggalkan kesan sememangnya akan mudah terlupa.

Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak juga membeli cd-cd album lama seperti ini. Mana-mana yang tahu nama atau pernah terbaca tentangnya memang menjadi keutamaan untuk dibeli. Tak ingat tentang album ini. Rasanya dulu-dulu yang pernah nampak adalah album pertama mereka, Expositionsprophylaxe ataupun mungkin juga album split mereka bersama Pungent Stench.

Seperti yang diceritakan dalam entri Tapping The Vein dan Renewal, tahun 1992 adalah tahun yang saya agak ketinggalan dalam dunia muzik extreme metal semasa. Tak pernah tau pun pasal album ini. Gambar covernya yang pelik dan tak death metal langsung itulah yang menjadi penyebab rasa tertarik untuk membeli cdnya.


Tanggapan saya terhadap muzik mereka sedikit tersasar. Saya menjangkakan yang Not to Be Undimensional Conscious adalah sebuah album yang bercirikan grindcore. Ternyata saya silap. Tak pasti dengan album awal mereka tetapi Not to Be Undimensional Conscious adalah sebuah album death metal yang mempunyai unsur-unsur experimental di dalamnya.  Asasnya adalah death metal. Tetapi muziknya sedikit rojak. Ada yang funky malah lagu The Return Of The Living Beat memasukkan unsur hip-hop dan rap. Ianya adalah sesuatu yang segar dan jarang ada pada ketika itu.

Mungkin muzik mereka boleh juga dikategorikan sebagai progressif death metal. Ianya sedikit mengingatkan saya kepada Voivod. Tetapi mereka lebih mudah hadam berbanding Voivod. Sesuai untuk mereka yang mahukan kepelbagaian dalam muzik death metal mereka.


Friday, May 27, 2022

Renewal

Bila dah bercerita tentang album Tapping The Vein dari Sodom dalam entri yang lepas, rasanya patut juga bercerita tentang album dari band seangkatan yang juga diterbitkan pada tahun yang sama.


Kreator - Renewal (1992)

Kenangan saya dengan album ini hampir sama dengan Tapping The Vein. Kedua-duanya tidak berpeluang untuk didengar pada tahun ianya dikeluarkan. Tetapi yang berbezanya, saya kurang gemar dengan Renewal pada pendengaran pertama berbanding Tapping The Vein.

Entah kenapa hampir semua nama-nama besar band thrash telah berubah arah pada tahun-tahun awal 90an. Kreator juga tidak terkecuali. Berbanding Sodom yang menjadi lebih aggresif, Kreator bereksperimen untuk menjadi lebih perlahan dengan sesetengah lagunya mempunyai pengaruh industrial. 

Saya kurang gemar dengan soundnya yang kering dan vokal Mille Petrozza yang menjerit. Sememangnya mengecewakan jika anda adalah pengemar thrash yang konservatif. Ianya menjadi punca saya meninggalkan Kreator untuk beberapa album sehinggalah saya tertarik dengan gambar cover Endorama untuk kembali mengambil tahu tentang mereka. Mungkin ianya patut diceritakan dalam entri yang lain.

Tak pernah beli kasetnya. Versi cd baru diperolehi beberapa tahun yang lalu. Tetapi ini adalah kali pertama memutarkannya khas untuk entri ini. Seiring dengan peningkatan usia, rasanya saya kini lebih terbuka. Tetapi tidaklah bermakna semua benda boleh diterima. Renewal berada di dalam kategori yang masih boleh diterima. Tetapi saya masih kurang gemar dengan produksi soundnya yang kering.


Tuesday, May 24, 2022

Tapping the Vein

 Siri ulangkaji album-album yang lama dah tak dengar...

Sodom - Tapping the Vein (1992)

Jujurnya tak beli dan tak dengar album ini pada tahun ianya diterbitkan. Tak ingat kenapa. Berkemungkinan kerana pada ketika itu saya baru tamat pengajian dan kembali tinggal di kampung tanpa duit dan kawan-kawan yang satu kepala. Makanya agak banyak juga album-album menarik di penghujung 1992 dan awal 1993 yang saya ketinggalan.

Namun begitu apabila berpeluang mendengarnya, ianya bolehlah dikatakan sebagai salah satu album Sodom yang kena dengan selera. Hanya nilai sentimental dan nostalgia menjadikan album-album sebelumnya lebih diminati. 


Di kala band-band thrash lain berevolusi menjadi seperti Metallica dan Pantera, Sodom di tahun 1992 masih mengekalkan identiti thrash mereka. Malah mereka menjadi semakin aggresif dan berat berbanding album sebelumnya. Ianya kedengaran seperti sebuah album death metal terutamanya di bahagian drums dan vokal Tom Angelripper yang lebih garau. Tetapi di dalam masa yang sama, masih ada lagu yang perlahan (One Step Over The Line) dan rock n roll (Wachturm) yang mengingatkan kita kepada Better Off Dead (1990).

Kalau ada nak komplen pun mungkin kerana durasinya yang agak panjang yang memungkinkan rasa berulang dan hilang tumpuan. Bukan thrash yang biasa kita dengar dari Sodom. Tapi bagus. 



Saturday, May 21, 2022

Metal II

Lagi album terbitan terkini yang berjaya di miliki.


Annihilator - Metal II (2022)

Bukanlah album baru tetapi ianya adalah rakaman semula album Metal (2007) untuk bahagian vokal dan drum. Stu Block bekas vokalis Iced Earth mengantikan vokal Dave Padden manakala drummer lagenda Dave Lambardo menggantikan ketukan Mike Mangini yang kini bersama Dream Theater.

Tak pasti apakah tujuan album ini dirakamkan semula dan mengapa dalam banyak-banyak discography Annihilator ianya yang dipilih. Ada terbaca yang mengatakan Jeff Waters tidak berpuashati dengan produksi rakaman asal. Ada juga yang mengatakan ianya adalah satu tribute beliau kepada Alexi Laiho yang juga terlibat di dalam album ini. Tak kisahlah walau apa pun tujuannya tetapi saya rasakan ianya adalah sebuah rilisan yang pada saya kalau tak ada pun tak memberi apa-apa kesan.


Semua lagu adalah sama kecuali Operation Annihilation. Khabarnya lagu yang menampilkan Michael Amott (Arch Enemy / Carcass) ini tiada dalam senarai kerana master tape asalnya hilang. Lagu tersebut digantikan dengan sebuah lagu cover dari Van Halen, Romeo Delight sebagai tribute Jeff kepada gitaris idolanya Eddie Van Halen.

Walaupun saya adalah peminat Jeff dan Annihilator, rasanya tiada apa yang menarik tentang album ini jika hendak dibandingkan dengan versi 2007. Dave Lombardo sekadar menjadi Dave Lombardo. Versi asal Mike Mangini pun dah elok dah. Kalau ada yang berbaloi pun mungkin lagu cover Romeo Delight.



Tuesday, May 17, 2022

Animal Magnetism

Antara album ulangkaji ketika bekerja dari rumah...

Scorpions - Animal Magnetism (1980)

Album yang agak tenggelam kalau nak dibandingkan dengan album sebelum (Lovedrive - 1979) dan selepasnya (Blackout - 1982). Kurang lagu popular. Mungkin hanya "The Zoo" yang agak dikenali. Tetapi untuk saya, "Lady Starlight" adalah tarikan utamanya. Ianya adalah antara kegemaran saya dari zaman kanak-kanak.

Ini adalah album kedua dari klasik line-up 80an mereka. Ianya masih ada pengaruh rock 70an. Tempo lagunya lebih perlahan berbanding "Lovedrive"Matthias Jabs tidak seperti Uli Jon Roth mahupun Michael Schenker yang lebih kepada skill individu. Beliau lebih kepada seorang "team player" yang melakukan tugas mengikut arahan. Dan beliau melakukannya dengan cemerlang. Bagi yang membesar dengan Scorpions era 80an, beliau adalah gitar hero dan imej beliau bersama gitar "Gibson Explorer" nya menjadi poster di bilik bagi ramai peminat rock pada ketika itu.


Saya mendengar album ini secara penuhnya pun agak lambat.  Hanya selepas album "Love at First Sting (1984)". Pinjam kaset kawan. Selain "Lady Starlight" dan "The Zoo", lagu "Make it Real" juga adalah antara lagu yang saya boleh ingat. Yang lainnya kena dengar  semula untuk menyegarkan ingatan. 

Rasanya ini adalah album era Matthias Jabs yang paling kurang saya dengar (tolak album-album selepas Pure Instinct - 1996 yang memang saya agak kurang mengambil tahu walaupun ada beli setiap cd nya). 

Friday, May 13, 2022

In the Heart of the Young

 Lagi layanan ketika bekerja dari rumah...


Winger - In the Heart of the Young (1990)

Album pertama mereka (Self titled 1988) adalah antara album glam/hair metal kegemaran. Semuanya adalah kerana kerja gitar cemerlang dari Reb Beach. Tetapi menjelang awal 90an, oleh kerana selera yang berubah dan kekangan kewangan seorang pelajar, makanya album-album sebegini tidak lagi menjadi keutamaan.

Satu-satunya lagu yang diketahui dari album ini adalah lagu balada, "Miles Away". Itu pun kerana lagunya sering diputarkan di radio dan banyak terdapat dalam kaset-kaset kompilasi lagu-lagu slow rock. Lainnya memang tak tahu. Hanya baru-baru ini ketika bekerja dari rumah baru berpeluang untuk mendengarnya secara betul.

Kesannya agak kurang berbanding album pertama. Mungkin kerana mendengarnya bukan pada tahun ianya diterbitkan. Tetapi kemungkinan yang utama adalah kerana lagu-lagunya lebih perlahan temponya berbanding album pertama. Banyak lagu perlahan dan mid tempo yang menyebabkan kerja gitar Reb Beach agak kurang menyerlah pada sesetengah lagu. Namun untuk beberapa lagu yang lain ianya memang hebat. 

Jujurnya saya lebih menyukai album pertama. Mungkin kerana faktor nostalgia. Namun begitu album ini pun bagus. Banyak lagu sedap. Sesuai untuk yang sukakan genre hard rock.


Tuesday, May 10, 2022

Under The Influence

Album kedua dari boxset Overkill The Atlantic Years 1986 - 1996

Overkill - Under The Influence (1988)

Dah pernah tulis tentangnya 2 tahun yang lalu. Maka tak perlulah menulis panjang.

Antara kenangan dari album ini adalah melihat gambar covernya di lukis di dalam majalah Gila Gila. Kalau tak silap dalam siri kartun Majalong lukisan Cik Li. Ianya adalah pengenalan pertama kepada nama Overkill dan perkataan "Under The Influnce".


Tetapi tak berpeluang untuk mendengar albumnya sehinggalah pertengahan 90an. Begitulah lambatnnya pendedahan tentang muzik bila kita tinggal di kawasan kampung dan tak berapa nak berduit.


Under The Influence, kenangannya untuk saya adalah lebih kepada nama albumnya. Tak boleh lupa yang perkataan "Under The Influence" tersebut pastinya akan ditulis dia atas tandatangan tak kira samada ketika menconteng buku, meja mahupun dinding sekolah. Terasa hebat betul penguasaan bahasa inggeris pada ketika itu... hahaha...


Friday, May 6, 2022

The Ballad Album

 Layanan dalam kuarantin...

Nazareth - The Ballad Album (1985)

Nazareth adalah antara band rock yang pernah saya dengar namanya ketika zaman kanak-kanak tetapi tak pasti yang mana satu lagunya. Bila meningkat dewasa (sekolah menengah), baru tahu tentang lagu "Hair of the Dog" dan "Love Hurts".

Tetapi 2 lagu tersebut bukanlah sebab utama mengapa cd ini dibeli. Dah ada pun cd Hair of the Dog dalam simpanan. Tetapi ianya kerana mahukan lagu yang disadur oleh Sweet Charity dan Ramli Sarip. Nak beli album penuh tak berapa biasa pula dengan lagu-lagu lain dari mereka. Pilihan yang lebih mudah dan menjimatkan adalah membeli album kompilasi.


Lagu-lagu tersebut adalah Heart's Grown Cold dari album Malice in Wonderland (1980). Di sadur menjadi Bunga Bunga Cinta oleh Sweet Charity dalam album Berita Gempa (1985). Tak pasti adakah ianya saduran atau ciplak. Kerana inlay di cd meletakan Ramli Sarip sebagai penciptanya. 

Manakala sebuah lagi, Love Leads to Madness dari album 2XS (1982) di sadur menjadi Sabar Kasihku. Ianya  dari album Ramli Sarip - Bukan Kerana Nama (1986). Yang ini di inlay cd dicatatkan sebagai Copyright Control. Bermaknanya ianya dirakamkan dengan kebenaran atau lagu cover bukannya ciplak.

Tetapi tak kisah lah ciplak atau tidak. Yang pastinya apabila membeli album sebegini pastinya kita akan terjumpa muzik yang baru. Tak sangka banyak juga lagu-lagu yang sedap dari Nazareth. "Where Are You Now" adalah salah satu darinya. Tetapi untuk membeli album penuh mungkin tidak. Kalau terjumpa cd kompilasi yang lain mungkin juga...


Monday, May 2, 2022

Positif Raya

Ingatkan selepas 2 tahun tak berhari raya, tahun ini dapatlah beraya bersama di kampung.

Tapi apakan daya...2 hari sebelum raya demam. Apa yang ditakuti betul betul berlaku. Bila diperiksa rupanya positif covid-19. Terpaksalah beraya dalam kuarantin. 

Nasib juga isteri dan seorang anak negatif. Sempatlah juga buat ketupat. Tapi itulah...ketupat kosong. Disebabkan kelam kabut raya distiharkan awal sehari. Memang tak ada apa yang sempat dibeli. Rendang lodeh dan sambal kacang kenalah tunggu keluarga dari kampung hantarkan. Nasib juga kampung sendiri dan kampung isteri dalam kawasan yang berdekatan.

Apa apa pun Selamat Hari Raya semua...Maaf Zahir dan Batin...Semoga kita semua didalam lindungan Allah...