Saturday, May 21, 2022

Metal II

Lagi album terbitan terkini yang berjaya di miliki.


Annihilator - Metal II (2022)

Bukanlah album baru tetapi ianya adalah rakaman semula album Metal (2007) untuk bahagian vokal dan drum. Stu Block bekas vokalis Iced Earth mengantikan vokal Dave Padden manakala drummer lagenda Dave Lambardo menggantikan ketukan Mike Mangini yang kini bersama Dream Theater.

Tak pasti apakah tujuan album ini dirakamkan semula dan mengapa dalam banyak-banyak discography Annihilator ianya yang dipilih. Ada terbaca yang mengatakan Jeff Waters tidak berpuashati dengan produksi rakaman asal. Ada juga yang mengatakan ianya adalah satu tribute beliau kepada Alexi Laiho yang juga terlibat di dalam album ini. Tak kisahlah walau apa pun tujuannya tetapi saya rasakan ianya adalah sebuah rilisan yang pada saya kalau tak ada pun tak memberi apa-apa kesan.


Semua lagu adalah sama kecuali Operation Annihilation. Khabarnya lagu yang menampilkan Michael Amott (Arch Enemy / Carcass) ini tiada dalam senarai kerana master tape asalnya hilang. Lagu tersebut digantikan dengan sebuah lagu cover dari Van Halen, Romeo Delight sebagai tribute Jeff kepada gitaris idolanya Eddie Van Halen.

Walaupun saya adalah peminat Jeff dan Annihilator, rasanya tiada apa yang menarik tentang album ini jika hendak dibandingkan dengan versi 2007. Dave Lombardo sekadar menjadi Dave Lombardo. Versi asal Mike Mangini pun dah elok dah. Kalau ada yang berbaloi pun mungkin lagu cover Romeo Delight.



No comments:

Post a Comment