Friday, May 6, 2022

The Ballad Album

 Layanan dalam kuarantin...

Nazareth - The Ballad Album (1985)

Nazareth adalah antara band rock yang pernah saya dengar namanya ketika zaman kanak-kanak tetapi tak pasti yang mana satu lagunya. Bila meningkat dewasa (sekolah menengah), baru tahu tentang lagu "Hair of the Dog" dan "Love Hurts".

Tetapi 2 lagu tersebut bukanlah sebab utama mengapa cd ini dibeli. Dah ada pun cd Hair of the Dog dalam simpanan. Tetapi ianya kerana mahukan lagu yang disadur oleh Sweet Charity dan Ramli Sarip. Nak beli album penuh tak berapa biasa pula dengan lagu-lagu lain dari mereka. Pilihan yang lebih mudah dan menjimatkan adalah membeli album kompilasi.


Lagu-lagu tersebut adalah Heart's Grown Cold dari album Malice in Wonderland (1980). Di sadur menjadi Bunga Bunga Cinta oleh Sweet Charity dalam album Berita Gempa (1985). Tak pasti adakah ianya saduran atau ciplak. Kerana inlay di cd meletakan Ramli Sarip sebagai penciptanya. 

Manakala sebuah lagi, Love Leads to Madness dari album 2XS (1982) di sadur menjadi Sabar Kasihku. Ianya  dari album Ramli Sarip - Bukan Kerana Nama (1986). Yang ini di inlay cd dicatatkan sebagai Copyright Control. Bermaknanya ianya dirakamkan dengan kebenaran atau lagu cover bukannya ciplak.

Tetapi tak kisah lah ciplak atau tidak. Yang pastinya apabila membeli album sebegini pastinya kita akan terjumpa muzik yang baru. Tak sangka banyak juga lagu-lagu yang sedap dari Nazareth. "Where Are You Now" adalah salah satu darinya. Tetapi untuk membeli album penuh mungkin tidak. Kalau terjumpa cd kompilasi yang lain mungkin juga...


No comments:

Post a Comment