Antara album ulangkaji ketika bekerja dari rumah...
Scorpions - Animal Magnetism (1980)
Album yang agak tenggelam kalau nak dibandingkan dengan album sebelum (Lovedrive - 1979) dan selepasnya (Blackout - 1982). Kurang lagu popular. Mungkin hanya "The Zoo" yang agak dikenali. Tetapi untuk saya, "Lady Starlight" adalah tarikan utamanya. Ianya adalah antara kegemaran saya dari zaman kanak-kanak.
Ini adalah album kedua dari klasik line-up 80an mereka. Ianya masih ada pengaruh rock 70an. Tempo lagunya lebih perlahan berbanding "Lovedrive". Matthias Jabs tidak seperti Uli Jon Roth mahupun Michael Schenker yang lebih kepada skill individu. Beliau lebih kepada seorang "team player" yang melakukan tugas mengikut arahan. Dan beliau melakukannya dengan cemerlang. Bagi yang membesar dengan Scorpions era 80an, beliau adalah gitar hero dan imej beliau bersama gitar "Gibson Explorer" nya menjadi poster di bilik bagi ramai peminat rock pada ketika itu.
Saya mendengar album ini secara penuhnya pun agak lambat. Hanya selepas album "Love at First Sting (1984)". Pinjam kaset kawan. Selain "Lady Starlight" dan "The Zoo", lagu "Make it Real" juga adalah antara lagu yang saya boleh ingat. Yang lainnya kena dengar semula untuk menyegarkan ingatan.
Rasanya ini adalah album era Matthias Jabs yang paling kurang saya dengar (tolak album-album selepas Pure Instinct - 1996 yang memang saya agak kurang mengambil tahu walaupun ada beli setiap cd nya).
No comments:
Post a Comment