Friday, May 13, 2022

In the Heart of the Young

 Lagi layanan ketika bekerja dari rumah...


Winger - In the Heart of the Young (1990)

Album pertama mereka (Self titled 1988) adalah antara album glam/hair metal kegemaran. Semuanya adalah kerana kerja gitar cemerlang dari Reb Beach. Tetapi menjelang awal 90an, oleh kerana selera yang berubah dan kekangan kewangan seorang pelajar, makanya album-album sebegini tidak lagi menjadi keutamaan.

Satu-satunya lagu yang diketahui dari album ini adalah lagu balada, "Miles Away". Itu pun kerana lagunya sering diputarkan di radio dan banyak terdapat dalam kaset-kaset kompilasi lagu-lagu slow rock. Lainnya memang tak tahu. Hanya baru-baru ini ketika bekerja dari rumah baru berpeluang untuk mendengarnya secara betul.

Kesannya agak kurang berbanding album pertama. Mungkin kerana mendengarnya bukan pada tahun ianya diterbitkan. Tetapi kemungkinan yang utama adalah kerana lagu-lagunya lebih perlahan temponya berbanding album pertama. Banyak lagu perlahan dan mid tempo yang menyebabkan kerja gitar Reb Beach agak kurang menyerlah pada sesetengah lagu. Namun untuk beberapa lagu yang lain ianya memang hebat. 

Jujurnya saya lebih menyukai album pertama. Mungkin kerana faktor nostalgia. Namun begitu album ini pun bagus. Banyak lagu sedap. Sesuai untuk yang sukakan genre hard rock.


No comments:

Post a Comment