Tuesday, May 31, 2022

Not to Be Undimensional Conscious

Secara tiba-tiba rasa seronok pula untuk bercerita tentang album-album dari 30 tahun yang lalu (1992)... 

Disharmonic Orchestra - Not to Be Undimensional Conscious (1992)

Antara band yang tahu nama tetapi tak berapa nak ingat bagaimana bentuk muziknya. Zaman kemunculan awal death metal pada penghujung 80an atau awal 90an ada nampak kasetnya. Tetapi tak ingat samada pernah dengar atau tidak lagu-lagunya. Mana-mana yang tak beli kasetnya dan kurang meninggalkan kesan sememangnya akan mudah terlupa.

Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak juga membeli cd-cd album lama seperti ini. Mana-mana yang tahu nama atau pernah terbaca tentangnya memang menjadi keutamaan untuk dibeli. Tak ingat tentang album ini. Rasanya dulu-dulu yang pernah nampak adalah album pertama mereka, Expositionsprophylaxe ataupun mungkin juga album split mereka bersama Pungent Stench.

Seperti yang diceritakan dalam entri Tapping The Vein dan Renewal, tahun 1992 adalah tahun yang saya agak ketinggalan dalam dunia muzik extreme metal semasa. Tak pernah tau pun pasal album ini. Gambar covernya yang pelik dan tak death metal langsung itulah yang menjadi penyebab rasa tertarik untuk membeli cdnya.


Tanggapan saya terhadap muzik mereka sedikit tersasar. Saya menjangkakan yang Not to Be Undimensional Conscious adalah sebuah album yang bercirikan grindcore. Ternyata saya silap. Tak pasti dengan album awal mereka tetapi Not to Be Undimensional Conscious adalah sebuah album death metal yang mempunyai unsur-unsur experimental di dalamnya.  Asasnya adalah death metal. Tetapi muziknya sedikit rojak. Ada yang funky malah lagu The Return Of The Living Beat memasukkan unsur hip-hop dan rap. Ianya adalah sesuatu yang segar dan jarang ada pada ketika itu.

Mungkin muzik mereka boleh juga dikategorikan sebagai progressif death metal. Ianya sedikit mengingatkan saya kepada Voivod. Tetapi mereka lebih mudah hadam berbanding Voivod. Sesuai untuk mereka yang mahukan kepelbagaian dalam muzik death metal mereka.


4 comments:

  1. Gambar pompuan kat cover tu rasanya Grace Jones..Pompuan yang makan daging mentah2...Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok gaya rambutnya memang macam beliau..haha..

      Delete
  2. Hanya ada album pertama dorang.. Mencari juga album ni.. Antara yg terawal dalam progressive death metal? Tak pasti.. Cuma aku suka sgt ngan album ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kot.. zaman tu tak banyak band yang main jenis macam ni

      Delete